Friday, December 16, 2011

Perkembangan Pengajian Melayu di China dalam Konteks Hubungan Ketamadunan

Perkembangan Pengajian Melayu di China dalam Konteks Hubungan Ketamadunan

[Gambar: Majalah Kiatuo memuatkan berita kajian penulis tentang masyarakat Islam di kota Lanzhou, Provinsi Gansu]





PERKEMBANGAN PENGAJIAN MELAYU DI CHINA DALAM KONTEKS HUBUNGAN KETAMADUNAN

Prof. Dr. Awang Sariyan
Mantan Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia/Beijing Foreign Studies University
(Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia)

[Kertas kerja Ceramah Bahasa di Bahagian Bahasa Malaysia, Terjemahan dan Interpretasi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia pada 1 Disember 2011]

Pendahuluan

Persefahaman antara tamadun sedunia tidak seharusnya dilihat sebagai sekadar kesan alamiah interaksi antara satu tamadun dengan tamadun yang lain, bahkan sudah sampai pada tahap keperluan yang wajar direncanakan dan diupayakan. Dugaan berlakunya pertentangan tamadun (the clash of civilizations) sebagai fenomena zaman kini dan zaman mendatang sebagaimana yang diungkapkan oleh Samuel P. Huntington (2002) tidak seharusnya diterima bulat-bulat sebagai hukum alam yang menimpa umat manusia sejagat. Pelbagai kelainan yang wujud dalam tamadun-tamadun sedunia, baik pada sisi sistem nilainya, pemikiran, pandangan sarwa, amalan dan yang lain-lain tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk memperlebar jurang ketamadunan manusiawi atau juga untuk mewajarkan krisis ketamadunan yang sampai pula berlangsung dalam bentuk pertempuran ketenteraan atau penjajahan. Perlu difikirkan dan direncanakan pemupukan persefahaman antara tamadun untuk mencapai kesejahteraan umat sejagat.

Dalam hubungannya dengan keperluan memupuk persefahaman antara tamadun itu, bidang ilmiah ada peranannya yang tersendiri, di samping peranan yang dapat dimainkan oleh bidang yang lebih banyak mendapat perhatian, terutamanya politik hubungan antarabangsa dan ekonomi. Pengajian Melayu sebagai bidang ilmiah memiliki peranan dan sumbangan yang khusus dalam memenuhi bahagian tertentu gagasan persefahaman antara tamadun. Kertas kerja ini mengemukakan sebahagian gagasan pelan tindakan yang dapat diupayakan untuk memenuhi peranan dan sumbangan pengajian Melayu dalam persefahaman antara tamadun.

Interaksi antara Tamadun Melayu dengan Tamadun China

Sejarah interaksi antara tamadun Melayu dengan tamadun China cukup panjang sejarahnya. Pembicaraan yang dapat dikira tuntas tentang hal itu terdapat dalam buku Prof. Liang Liji, sarjana pengajian Melayu-Indonseia yang ulung di Universiti Peking, iaitu Hubungan Empayar Melaka - Dinasti Ming Abad Ke-15 (1996, 2009). Beliau menyandarkan kupasannya pada sumber China yang dicatat dalam zaman dinasti-dinasti China dahulu kala, kerana semenjak zaman Dinasti Xia (2140-1711 S.M) Dinasti Shang (1722-1066 S.M), sudah wujud tradisi pencatatan sejarah oleh pegawai istana yang dikenal sebagai Shi Guan. Sistem pencatatan sejarah diraja itu mencapai kesempurnaan pada zaman Dinasti Han (206 S.M – 220 M). (Liang Liji, 1996: 10).

Dalam hubungannya dengan interaksi tamadun Melayu-China, Ming Shi Lu (Rekod Hal Ehwal Dinasti Ming) menjadi sumber utama yang memerikan hubungan dengan Kesultanan Melaka pada abad ke-15. Di samping itu banyak sumber lain dalam bentuk buku sejarah rasmi dan tidak rasmi yang mencatat hubungan dengan Melaka, seperti Ming Shi (Sejarah Dinasti Ming), Ming Tong Dian (Almanak Umum Dinasti Ming), Ming Hui Dian (Kumpulan Dokumen Dinasti Ming), Xian Bing Lu (Rekod Tetamu Negara), Deng Tan Bi Jiu (Catatan Hal Ehwal Kerajaan). Ada pula tulisan cendekiawan China yang mendampingi Laksamana Zheng He (Ceng Ho) dalam kunjungan ke alam Melayu (Liang Liji, 1996: 11).

Namun, beberapa lama sebelum abad ke-15 yang menandai hubungan China dengan Melaka sebagai kerajaan Melayu yang paling masyhur, telah wujud hubungan antara dua wilayah itu, yang menurut Liang Liji telah berlangsung selama 1500 tahun lebih. Sumber sejarah China terawal yang mencatat hubungan China dengan alam Melayu ialah Han Shu – Di Li Zhi (Kepustakaan Dinasti Han – Catatan Geografi). Sumber itu memerikan pelayaran utusan Maharaja Wu Di (140 S.M – 87 S.M). ke India yang melalui Semenanjung Tanah Melayu dan sambil itu melakukan perniagaan barter dengan negeri-negeri di Asia Tenggara dan Asia Selatan (Liang Liji, 1996: 13-15). Hubungan yang khusus merujuk kepada alam Melayu berlaku dalam zaman Dinasti Han. Dicatat dalam Hou Han Shu (Kepustakaan Dinasti Han Zaman Kemudian) dengan pemerian bahawa pada tahun 131 Masihi, kerajaan Ye Diao yang dipercayai berada sama ada di Jawa atau Sumatera telah mengirimkan ufti kepada maharaja China dan kemudian maharaja China menganugerahkan hadiah kepada raja itu pula.

Sumber-sumber sejarah China memerikan hubungan Kerajaan China dengan Kerajaan di alam Melayu dengan agak rinci, dari permulaan yang dirintis secara jelas dalam Dinasti Han itu dan diikuti siri hubungan dalam dinasti-dinasti sesudahnya. Namun, menurut Liang Liji, oleh sebab sesudah Dinasti Han kestabilan dalam negara China kurang baik, maka hubungan dengan alam Melayu sering terputus-putus dan tidak bersinambung.. Demikian pula pada waktu belum ada kerajaan Melayu yang betul-betul besar sehingga hubungan tidak begitu akrab. Hubungan China dengan alam Melayu melonjak ke peringkat yang lebih tinggi sesudah munculnya Dinasti Tang (618-907 M) dan Empayar Sriwijaya di alam Melayu pada abad ke-7 (Liang Liji, 1996: 25-26).

Hubungan antara dua buah kerajaan besar, yang satu di Asia Timur dan yang satu di alam Melayu itu mempunyai signifikan yang khusus dalam konteks interaksi tamadun, yang bukan hanya terbatas pada hubungan dagang semata-mata, malahan menjangkau hubungan kebudayaan, pemikiran dan sistem kepercayaan. Bagi Dinasti Tang, kesuburan kegiatan pendeta Buddha di Sriwijaya menjadi pangkalan terbaik untuknya mengembangkan ajaran agama itu di luar wilayahnya dan pada waktu itu bahasa Melayu kuno yang sangat kuat dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit menjadi wahana pemahaman bahasa Sanskrit bagi para pendeta Buddha. Kegiatan Pendeta Yi Jing (I-Cing) yang tinggal selama enam bulan di ibu kota Sriwijaya dengan misi memperdalam pengajian agamanya, di samping membantu memperluas kegiatan agama Buddha di negara itu dengan jelas memperlihatkan keakraban hubungan antara dua buah negara dan tamadun itu. Selain soal agama, aspek adat istiadat, budi bahasa dan aspek-aspek kebudayaan lain di alam Melayu turut mendapat perhatian Yi Jing sehingga Empayar Sriwijaya dipandang begitu tinggi oleh Dinasti Tang sebagai pusat tamadun besar di alam Melayu.

Keakraban hubungan antara China dengan alam Melayu dilanjutkan oleh Dinasti Song (960-1279 M.) dan Dinasti Yuan (1206-1368 M.). Dalam tempoh kedua-dua dinasti itu, hubungan dengan Sriwijaya dan Jawa lebih tertumpu pada bidang perniagaan meskipun aspek kebudayaan tetap berlangsung terus. Zaman gemilang hubungan antara dua tamadun itu berlaku dalam zaman Dinasti Ming pada abad ke-15, sehingga Liang Liji mengungkapkan bahawa “Lembaran sejarah ini patut dicatat dengan tinta emas kerana pencapaiannya tiada tandingannya lagi dalam sejarah kedua-dua bangsa.” (Liang Liji, 1996: 42). Hal ini demikian kerana hubungan kedua-dua tamadun dalam zaman itu benar-benar mencapai puncak hubungan diplomatik yang halus dan teratur, baik dalam huubungan politik antara dua kuasa besar mahupun dalam hubungan perdagangan dan kebudayaan. Melaka di bawah pemerintahan Raja Parameswara (Sultan Iskandar Syah) menjadi destinasi pertama misi Maharaja Ming Cheng Zhu ke alam Melayu pada tahun 1403. Sejarah pembukaan hubungan diplomatik antara China dengan Melaka itu tercatat dalam Ming Shi (Sejarah Dinasti China).

Kepesatan dan keakraban hubungan antara dua tamadun itu tergambar pada beberapa fakta yang penting dan menarik. Antaranya termasuklah pengutusan Laksamana Zheng He atau Sampo Kong (yang dalam persuratan Melayu dikenal sebagai Laksamana Cheng Ho) dengan armada raksasa untuk melakukan lawatan muhibah ke Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Barat, dengan kapal terbesarnya dapat memuat barang seberat 2500 tan dan orang sejumlah 1,000 orang. Jumlah kapal yang menyertai armada itu pula sekitar 100 hingga 200 buah, dengan pegawai, awak kapal dan askar yang mencecah angka antara 27,000 hingga 28,000 orang (Liang Liji, 1996: 43-44).

Fakta lain yang penting juga ialah kekerapan kunjungan Raja Melaka ke China, bermula dengan kunjungan Parameswara (Sultan Iskandar Syah) pada tahun 1411 (dengan 540 orang anggota rombongannya), Megat Iskandar Syah (Raja Besar Muda), kali pertama pada tahun 1414 (selaku putera mahkota yang menyampaikan khabar kemangkatan ayahandanya) dan kali kedua pada tahun 1419, dan Seri Maharaja (Raja Kecil Besar/Sultan Muhammad Syah) pada tahun 1424,1433 dan 1434.

Selain itu, sepanjang tempoh hubungan akrab antara Melaka dengan China selama seabad lebih, iaitu dari tahun 1403 hingga tahun 1521, amat jelas kegiatan saling mengunjungi antara kedua-dua pihak, baik yang melibatkan raja mahupun pembesar, baik yang berkaitan dengan hubungan politik, perdagangan mahupun kebudayaan. Buku catatan Dinasti Ming Shi Zhong Lu, jilid 4 menyenaraikan 57 kegiatan hubungan diplomatik antara Kerajaan Melaka dengan Dinasti Ming dalam tempoh tersebut (Liang Liji, 1996: 63-76).

Liang Liji merumuskan tiga perkara penting yang menjadi natijah interaksi dan hubungan antara dua tamadun besar itu, yang dapat diringkaskan sebagai yang berikut:

1. Terjalinnya hubungan persahabatan yang saling menghormati, saling memahami dan saling menghargai sehingga tidak berlaku perselisihan dan pertikaian yang dapat menjejaskan hubungan persahabatan dua bangsa itu.

2. Wujudnya sikap yang sama dalam memupuk perdamaian dan keadilan, dengan menolak kekerasan dan perseteruan. Hal ini berbeda sama sekali dengan kedatangan armada bangsa Barat yang membawa niat dan misi penjajahan.

3. Wujudnya kerjasama ekonomi dalam bentuk perdagangan dua hala melalui tiga sistem pada zaman itu, iaitu perdagangan antara raja (dalam bentuk persembahan ufti dan balasan anugerah pelbagai barang berharga), perdagangan antara kerajaan berdasarkan kontrak penjualan barangan tertentu hanya kepada Kerajaan China dengan harga yang menguntungkan Melaka, dan perdagangan awam dalam kalangan masyarakat umum.

Benih Awal Pengajian Melayu di China

Manfaat lain yang tidak kurang pentingnya dalam konteks ketamadunan ialah pengaruh dan peluasan penggunaan bahasa Melayu yang menjadi lingua franca pada zaman Kesultanan Melayu. Jika dalam zaman Sriwijaya memang telah ada perhatian pendeta Buddha China dalam mempelajari bahasa Melayu kuno, maka dalam dalam zaman Kesultanan Melayu bahasa Melayu bukan sahaja dipelajari oleh para pendeta agama, malahan menjadi bahasa yang dipelajari dan digunakan untuk urusan perdagangan dan kehidupan oleh orang China daripada golongan lain, khususnya pedagang. Yang lebih penting daripada itu ialah adanya “perhatian diraja” pada pihak Dinasti Ming apabila menubuhkan jawatankuasa jurubahasa (Da Tong Shi) untuk memenuhi kepentingan dan keperluan dalam hubungan luar. Tong Shi atau jurubahasa yang berkhidmat dalam 18 jawatankuasa kecil (Xiao Tong Shi) berjumlah 60 orang, dan dua orang daripadanya khusus untuk bahasa Melayu, iaitu seorang untuk Melaka dan seorang untuk Sumatera.

Untuk melatih para jurubahasa, pada tahun 1405 Maharaja Ming Cheng Zhu menubuhkan akademi bahasa yang dikenal sebagai Si Yi Guan (Balai Bahasa Negeri-negeri Asing) di ibu negara Ying Tian Fu (kini Nanjing). Terdapat lapan jabatan di akademi bahasa asing itu. Bahasa Melayu dimasukkan di bawah Hui Hui Guan (Jabatan Islam yang meliputi Parsi, Arab, Melaka, Jawa dan lain-lain). Akademi bahasa asing itu bertahan melebihi 400 tahun, dan dilanjutkan dalam Dinasti Qing yang menggantikan Dinasti Ming walaupun namanya diubah pada 1748 menjadi Hui Tong Si Yi Guan. Peranan akademi itu hanya terhenti sesudah Perang Candu pada tahun 1840, sesudah Dinasti Qing menghadapi ketidakstabilan politik (Liang Liji, 1996: 82-90).

Pentingnya bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan yang merentas tamadun turut menggerakkan usaha menyusun kamus dwibahasa yang penting untuk kegunaan pedagang dan orang Cina lainnya dalam interaksi di alam Melayu. Usaha awal penyusunan kamus dwibahasa dikesan berlaku seawal abad ke-14 pada zaman Maharaja Ming Tai Zhu (1368-1399 M.), iaitu maharaja Dinasti Ming yang pertama. Namun dalam kamus dalam bentuk daftar kata Cina – kata negeri asing (Hua Yi Yi Yu) itu tidak dapat dipastikan adakah kata-kata bahasa Melayu terangkum juga di dalamnya. Namun dalam abad ke-15 telah dikesan terhasilnya kamus dwibahasa dalam bentuk daftar kata Cina-Melayu, sebagaimana yang pernah dikaji oleh sarjana Barat seperti E.D. Edwards dan C.O. Blagden pada tahun 1930-an.

Judul kamus itu dalam bahasa Cina ialah Man La Jia Guo Yi Yu atau Senarai Perkataan Negeri Melaka. Kata-kata yang terhimpun di dalamnya dipercayai meliputi kosa kata dari zaman awal bermulanya hubungan Dinasti Ming dengan Kerajaan Melaka, iaitu pada tahun 1403 hingga tahun jatuhnya Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511. Kamus itu terdiri daripada 482 entri kosa kata Cina yang dianggap penting dan dikategorikan kepada 17 bidang, iaitu astronomi, geografi, musim dan masa, tumbuh-tumbuhan, unggas dan haiwan, rumah dan istana, peri kelakuan, tubuh badan, barang emas dan permata, kemasyarakatan dan sejarah, warna, hitungan, dan kata umum. Setiap entri diberi padanan bahasa Melayunya dengan tulisan Cina. Kamus itu disusun untuk keperluan Kerajaan Cina dalam Dinasti Ming dalam menjalin hubungan dengan Melaka dan hingga akhir abad ke-16 kamus itu masih menjadi rujukan, termasuk dalam penyusunan buku sejarah Cina. Demikianlah, erat dan akrabnya hubungan antara dua tamadun turut meninggalkan dampak yang besar dan penting kepada bahasa juga, sebagaimana yang terbukti dengan meluasnya peranan bahasa Melayu.

Hubungan dan interaksi antara dua tamadun itu kemudian dapat dikatakan terhenti dengan lama sekali, disebabkan masalah perubahan sistem di dalam negara Cina dan juga kesan penaklukan ke atas Melaka dan kerajaan-kerajaan Melayu lain oleh kuasa Barat. Hanya pada abad ke-18 dan seterusnya tampak wujud semula hubungan itu tetapi dengan pola yang jauh berbeda, kerana kedatangan orang Cina bukan diutus oleh pemerintah Cina atas hubungan diplomasi, melainkan diupayakan oleh penjajah Barat untuk memenuhi keperluan ekonominya, dengan kebanyakan pendatang itu dijadikan buruh di lombong bijih timah dan sebilangan yang lain mencuba nasib dalam perniagaan. Sejarah akhirnya memberikan acuan kepada pola demografi dan sistem kemasyarakatan di Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian Malaysia, apabila orang Cina dan orang India yang bermastautin diberi taraf kerakyatan pada waktu Persekutan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Kini orang Cina merupakan kira-kira 29 peratus daripada penduduk Malaysia, dan mereka turut mewarnai kepelbagaian kebudayaan di Malaysia melalui cara hidup dalam bidang kesenian, perayaan, makanan, busana, sistem kepercayaan dan yang lain.

Perkembangan Pengajian Melayu di China dalam Zaman Moden

Sinar baharu dalam hubungan antara alam Melayu dengan Republik Rakyat China muncul pada tahun 1970-an apabila timbul rasa saling memerlukan untuk menjalin hubungan diplomatik bagi kepentingan bersama. Malaysia merupakan negara di Asia Tenggara yang pertama yang menjalin hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China, iaitu pada tahun 1974. Hubungan yang pada mulanya lebih tertumpu pada bidang ekonomi, khusunya perdagangan dua hala, beransur-ansur melebar dalam bidang-bidang lain, seperti pelancongan, pendidikan dan kebudayaan. Hubungan itu pada hakikatnya merupakan formaliti yang bersifat kenegaraan, sedang sejak tahun 1946 bahasa Indonesia telah diajarkan di Institut Bahasa-bahasa Asing di Kota Nanjing dan dipindahkan ke Beijing pada tahun 1949 apabila Republik Rakyat China ditubuhkan.

Hingga kini jurusan bahasa atau pengajian Indonesia masih menjadi salah satu fokus pengajian di Universiti Peking dan pada tahun 1961 menjadi salah satu bahasa asing yang diajarkan di Universiti Pengajian Asing Beijing (Beijing Foreign Studies University, atau singkatannya BFSU), sementara di Universiti Pengajian Asing dan Perdagangan Luar Guangdong di Guangzhou pula pada tahun 1970 (Zhao Yue Zhen, 1970). Pada tahun 1961 juga BFSU mula menawarkan kursus bahasa Melayu varian Tanah Melayu dengan Prof. Wu Zong Yu sebagai tenaga perintisnya. Pada tahun 1998 bahasa Melayu mula diajarkan di Institut Bahasa Asing Luoyang dan pada tahun 2001 di Institut Penyiaran Radio Beijing (kini Universiti Komunikasi China). Pada permulaan tahun akademik 2008-2009 pula, iaitu dalam bulan September 2008 Universiti Bangsa-bangsa Peribumi Guangxi (Guangxi University for Nationalities) pula mula menawarkan kursus bahasa Melayu varian Malaysia, sebagai tambahan bagi jurusan bahasa Indonesia yang sedia diajarkan di situ. Yang terakhir ialah pembukaan Jurusan Bahasa Melayu di Universiti Bangsa-bangsa Yunnan di kota Kunming pada tahun 2010. Hingga kini, telah terdapat tujuh buah universiti yang mempunyai program bahasa/pengajian Melayu di seluruh negara China.

Pada 20 Jun 1997, ditubuhkan Pusat Pengajaran Bahasa Melayu di BFSU sebagai hasil persetujuan antara kerajaan Malaysia dengan pemerintah Republik Rakyat China untuk bekerjasama dalam bidang pendidikan, khususnya tentng pengajaran bahasa Melayu di negara China. Pada 1 September 2005 pula ditubuhkan secara rasminya Pusat Pengajian Melayu China, dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Dengan peningkatan program pengajaran bahasa Melayu kepada program pengajian Melayu, Pusat Pengajian Melayu China secara rasmina menjadi pangkalan kegiatan ilmiah dan pengembangan bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu di Republik Rakyat China, dengan turut membantu penubuhan Program Bahasa/Pengajian Melayu di institusi pengajian tinggi yang lain di seluruh negara. Pengarah Pusat Pengajian Melayu China ialah Prof. Wu Zong Yu yang memulakan program pengajaran bahasa Melayu di BFSU sejak tahun 1961 dan terus-menerus menjalin kerjasama dengan negara-negara di dunia Melayu.

Satu lagi detik bersejarah dalam hubungan ilmiah dan pendidikan antara dua buah negara ialah penubuhan Kursi Pengajian Melayu Malaysia-Republik Rakyat China merupakan jawatan ilmiah kehormat yang ditubuhkan bersama antara kerajaan Malaysia dengan pemerintah Republik Rakyat China, sebagai pengiktirafan kepada peranan Beijing Foreign Studies University dalam menubuhkan dan mengembangkan program pengajian Melayu di Republik Rakyat China sejak tahun 1961. Kota Beijing merupakan tempat keempat yang memiliki Kursi Ilmiah dengan kerjasama Kerajaan Malaysia, sesudah Ohio University di Amerika, Leiden University di Belanda dan Victoria University di New Zealand. Gagasan penubuhannya telah dicetuskan pada tahun 1996 dalam Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu anjuran BFSU dan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia dan pada awal tahun 2007 secara rasminya Kursi itu telah ditubuhkan. Pada awal tahun 2008, Kursi itu mula berfungsi dengan pelantikan Prof. Dr Awang Sariyan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai penyandang pertama. Kursi ini antara lain berperanan memperkenalkan bidang-bidang baru dalam pengajian Melayu (bahasa, sastera, budaya dll), meningkatkan program ilmiah di peringkat ijazah pertama dan ijazah lanjutan, melaksanakan penyelidikan dan penerbitan, serta membantu penubuhan dan peneguhan program bahasa/pengajian Melayu di institusi pengajian tinggi di Republik Rakyat China.

Pelan Tindakan

Pada permulaan kertas kerja ini telah ditegaskan pentingnya hubungan dan interaksi antara tamadun disertai perancangan, agar lebih jelas hala tujunya dan manfaat yang dapat diperoleh daripadanya pun dapat dibayangkan, daripada sekadar mengharapkan hasil yang alamiah sifatnya. Beberapa aspek yang perlu difikirkan untuk pelan tindakan, khusus dalam konteks hubungan tamadun Melayu dengan tamadun Cina adalah seperti yang berikut:


Penyelidikan/Penelitian

Antara projek pennyelidikan yang perlu dijalankan termasuklah:

1. Sejarah hubungan antara Malaysia/alam Melayu dengan Cina dalam pelbagai aspek ketamadunan seperti politik, ekonomi, kebudayaan, bahasa dan falsafah/pemikiran, dari zaman dahulu hingga kini, terutama dengan berdasarkan sumber-sumber Cina dan Melayu sendiri. Usaha membuat analisis dengan berdasarkan sumber setempat yang telah dimulakan oleh Liang Liji dan sarjana-sarjana lain perlu diteruskan, kerana sebagaimana yang diakui oleh Liang Liji sendiri, masih banyak hal yang perlu diperdalam, dikaji dan ditemukan untuk menghuraikan susur galur hubungan antara dua tamadun itu. Disarankan agar sumber-sumber Cina yang ada dalam tradisi istana dinasti-dinasti Cina itu dikumpulkan, diterjemahkan dan dibuat anotasi setiap sumber itu agar dapat diperoleh gambaran yang tuntas tentang sumber-sumber yang dapat dijadikan asas analisis. Kemudian dipilih sumber-sumber yang primer untuk dijadikan asas analisis, dengan sokongan sumber-sumber sekunder. Hasil yang dapat dibayangkan ialah sebuah buku besar atau beberapa jilid yang memerikan hubungan ketamadunan Melayu-Cina dalam pelbagai ranah, secara kronologis dari zaman awal hingga zaman mutakhir.

2. Kajian sosiolinguistik dalam konteks persebaran bahasa Melayu di tanah besar Cina, dengan menyedari adanya komuniti yang menggunakan bahasa Melayu. Yang paling menarik dan penting disegerakan ialah kajian bahasa dalam kalangan komuniti Cina yang lahir di alam Melayu, majoritinya di Indonesia, yang pindah atau lebih tepat pulang ke tanah lelulur mereka pada tahun 1950-an dan 1960-an, di beberapa provinsi seperti di Guangdong, Hainan, Fujian dan malahan di Beijing juga. Diberitakan bahawa mereka, khususnya kalangan yang berusia masih menggunakan bahasa Melayu varian Indonesia, dan malahan masih mengamalkan corak kehidupan di alam Melayu daripada segi makanan, busana, kesenian dan lain-lain. Kajian ini perlu disegerakan kerana generasi tua dalam komuniti itu kian berkurangan disebabkan faktor alamiah. Aspek sosiolinguistik yang lain ialah penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan peniaga yang berinteraksi dengan pelancong dari alam Melayu, baik di kaki Tembok Besar China mahupun di gedung-gedung beli-belah. Yang tidak kurang menariknya juga ialah penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan tenaga pengajar setempat dengan pelajar yang mengikuti jurusan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia di beberapa institusi pengajian tinggi di Republik Rakyat China. Di Nanning, provinsi Guangxi, malah ada sekolah rendah yang mengajarkan bahasa Melayu/Indonesia beberapa jam seminggu, dan hal ini pasti menarik dan penting dikaji.

3. Perkembangan Islam di tanah besar Cina dan kaitannya dengan pengislaman di alam Melayu penting juga dikaji oleh sebab ada teori yang menyebut peranan pendakwah dari Cina yang turut mengembangkan Islam di alam Melayu (lihat, misalnya, S.Q. Fatimi, 1963). Beberapa orang daripada Wali Songo yang terkenal sebagai ulamak dan pejuang yang menentang penjajahan di Indonesia pernah dikaitkan dengan usaha dakwah dari Cina dan ada daripada kalangan mereka yang dikatakan berketurunan Cina. Fatimi merupakan salah seorang sarjana yang mengaitkan proses pengislaman di alam Melayu dengan peranan pendakwah dari Cina, meskipun teori yang lebih umum diterima ialah bahawa Islam datang ke alam Melayu langsung dari tanah Arab, khususnya oleh pendakwah dan pedagang Islam. Selain itu, pengaruh seni bina Cina kepada seni bina masjid di Melaka amat jelas dan hal ini pasti ada kaitannya juga dengan pengaruh pendakwah dari Cina. Daripada analsis yang pernah dilakukan oleh Jaffary Awang (2005) tentang perbandingan antara nilai dan amalan budaya niaga Cina dengan nilai dan budaya niaga dalam Islam dan analisis Nasruddin Yunos (2005) tentang aspek kerohanian dan kebendaan dalam budaya bekerja masyarakat Cina, misalnya, dapat direncanakan kajian-kajian perbandingan yang berkaitan dengan pelbagai aspek dalam tamadun Cina dan Islam, terutama yang berkaitan dengan Islam di alam Melayu.

4. Kajian perbandingan falsafah dan pemikiran Cina dengan falsafah dan pemikiran Melayu merupakan satu bidang kajian yang penting dan menarik. Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya pernah mengadakan siri seminar perbandingan ketamadunan dan hasil seminar dan kajian yang telah dijalankan dapat menjadi titik tolak untuk diperdalam dan diperluas. Antara yang menarik dan penting termasuklah perbandingan Konfusionisme, yang menjadi salah satu asas tamadun Cina dalam hal pemikiran, dengan Islam yang yang menjadi tunjang tamadun Melayu. Wacana seperti International Seminar on Islam and Confucianism, A Civilizational Dialog (12-14 Mac 1995) banyak mengupas persamaan antara prinsip-prinsip Islam dengan prinsip-prinsip Konfusianisme yang bersifat sejagat. Demkikain juga, analisisYaacob Yusoff Awang (2005) tentang Konfusianisme di Malaysia dan amalan oleh masyarakat Cina dan Taiwan banyak menunjukkan kesejajaran yang pasti dapat menjadi asas persefahaman antara tamadun. Aspek perbandingan falsafah dan pemikiran yang lain meliputi kosmologi, sistem kepercayaan dan pandangan sarwa (worldview).

5. Kajian perbandingan pelbagai aspek kebudayaan antara dua tamadun, seperti sistem nilai, kesantunan, lambang dan imej (objek alam, warna dll), kesenian (antaranya perbandingan wayang kulit Melayu dan wayang kulit Cina), sastera (antaranya perbandingan antara pantun Melayu dengan puisi Cina yang menyerupai pantun), busana, permainan tradisi dan seni bina.

6. Kajian kontrastif tentang pelbagai aspek sistem bahasa Melayu dan bahasa Cina, seperti aspek fonologi, morfologi, sintaksis dan peribahasa. Kajian kontrastif aspek fonologi, morfologi dan sintaksis dapat membantu pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran dan pemelajaran bahasa Melayu, khususnya bagi pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Kajian perbandingan peribahasa pula lebih berkaitan dengan falsafah, pemikiran, sistem nilai dan pandangan sarwa masyarakat dan dapat dimanfaatkan untuk peneguhan penguasaan bahasa, terutama dalam aspek dinamis bahasa seperti dalam pidato dan karangan.

Penerbitan

Antara penerbitan yang perlu diupayakan dalam rangka kerjasama ketamadunan termasuklah:
1. Kamus dwibahasa bahasa Melayu-bahasa Cina, terutama kamus pelajar, yang menekankan latar budaya yang sesuai dengan keperluan pelajar memupuk persefahaman antara budaya. Selain kamus umum yang disusun entrinya berdasarkan urutan abjad, perlu disusun kamus yang berasaskan konsep medan makna, kerana kamus seumpama itu dapat membantu pemahaman unsur budaya atau tamadun dengan lebih berkesan. Kamus lain yang amat penting ialah kamus ungkapan (bukan sekadar peribahasa, tetapi meliputi aspek ungkapan yang lebih luas), kerana inilah aspek penggunaan bahasa yang paling mencabar bagi pelajar asing. Daripada segi bentuknya pula, selain kamus bercetak, perlu diusahakan kamus di talian (online dictionary) yang memberikan kemudahan kepada pelajar membuat rujukan segera dan entri serta maklumat kamus pun dapat senantiasa dikemaskinikan dari waktu ke waktu, berbanding dengan kamus bercetak yang memerlukan waktu yang panjang untuk memperoleh edisi semakan. Sebagai catatan, Pusat Pengajian Asia Tenggara, Northern Illinois University sedang merancang untuk memulakan projek kamus dwibahasa bahasa Melayu – bahasa Inggeris di talian (maklumat daripada komunikasi dengan Pengarahnya, Prof. Dr James T. Collins).

2. Buku pedagogi bahasa untuk rujukan dan panduan pengajaran bahasa Melayu kepada pelajar asing, secara bermodul. Yang berkaitan dengan buku pedagogi ialah buku tuntunan bahasa yang praktis untuk kegunaan pelajar dalam bentuk yang mesra pengguna (termasuk dalam bentuk komik dan aplikasi bahan tuntunan bahasa dalam realiti kehidupan), yang memperhitungkan latar budaya Melayu dan budaya setempat pelajar asing. Daripada segi bentuknya, buku bercetak memerlukan sokongan bahan terbitan elektronik seperti CD dan DVD.

3. Siri monograf kajian semasa yang memerikan aspek-aspek tertentu tamadun Melayu dan tamadun Cina untuk memupuk pemahaman dan persefahaman dalam kalangan pendukung dua tamadun itu. Dalam konteks ini, Kursi Pengajian Melayu di Pusat Pengajian Melayu China telah memulakan penerbitan siri tersebut. Siri itu dapat dimanfaatkan juga untuk memuat tesis dan disertasi yang dihasilkan oleh sarjana Melayu dan China tentang bidang pengajian Melayu (linguistik, sastera, budaya, sejarah, falsafah dll). Model yang dapat digunakan ialah siri penerbitan yang pada suatu waktu dahulu amat mengesankan, iaitu ILDEP (Indonesian Language for Development Project) yang diusahakan oleh Institut Antarabangsa Pengajian Asia Tenggara (IIAS) di Leiden, Belanda dengan kerjasama Pusat Bahasa Indonesia.

4. Yang tidak kurang pentingnya ialah portal atau laman web pengajian Melayu yang berpangkalan di Beijing untuk memuat berita, hasil kajian, penerbitan dan bahan-bahan tuntutan bahasa dll. Sebagai permulaan, Pusat Pengajian Melayu China telah bekerjasama dengan Bahagian Bahasa Melayu, Radio China Antarabangsa dalam pengisian blog yang disediakan oleh Laman Web CRI untuk Kursi Pengajian Melayu.

Pengembangan/Kegiatan

Kerja-kerja pengembangan perlu digiatkan untuk menyemarakkan slogan “Tak kenal maka tak cinta”, melalui kegiatan seperti pertandingan pidato dan penulisan wilayah Asia Timur, persidangan, seminar, kolokium dan siri kunjungan budaya ke lokasi-lokasi di tanah besar China, di alam Melayu dan lain-lain. Program pertukaran pelajar BFSU – UM yang bermula sejak tahun 2007 telah memperlihatkan kesan positif dalam konteks persefahaman antara tamadun melalui pengajian Melayu. Pelajar BFSU, di sisi memperoleh manfaat ilmu bahasa, sastera dan budaya Melayu sepanjang satu semester di Universiti Malaya turut menyertai program perambihan (homestay) di rumah keluarga Melayu, sambil melakukan penelitan dan menyediakan kajian. Pelajar Universiti Malaya pula selama sebulan setengah ditempatkan di BFSU untuk mempelajari bahasa Mandarin dan meninjau aspek-aspek kebudayaan masyarakat Cina di tanah leluhur sahabat-sahabat Cinanya di Malaysia.

Prasarana dan Jaringan Kerjasama

Aspek ini merupakan jaminan berlangsungnya segala pelan tindakan untuk memajukan jalinan persefahaman antara tamadun melalui pengajian Melayu. Antara upaya yang mesti digerakkan termasuklah:

1. Mengaktifkan semula Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri Malaysia pada tahun 1997 dan telah mula digerakkan pada tahun 2000 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, tetapi malangnya terhenti sesudah tahun 2004 atas alasan yang tidak jelas kepada anggota-angota MABM yang mewakili benua dan wilayah. MABM, dalam tempoh empat tahun bergerak telah berhasil membentuk rangkaian kerjasama antara negara, wilayah dan benua, sama ada melalui peningkatan program pengajian Melayu/Indonesia di serata dunia, pertukaran pakar dalam bidang bahasa, sastera dan budaya, penjanaan projek kajian, penerbitan jurnal antarabangsa Melayu, siri seminar antarabangsa beserta kunjungan budaya, program perambihan (homestay) pelajar bahasa Melayu/Indonesia antarabangsa di alam Melayu dan beberapa program lain lagi.

2. Pelbagai pusat pengajian Melayu yang ada di seluruh dunia perlu mengadakan jaringan kerjasama yang lebih akrab dan padu, seperti melalui penganjuran projek kajian dan penerbitan bersama (yang dengan sendirinya dapat menghemat kos). Direktori Pengajian Melayu Sedunia perlu diusahakan supaya semua sarjana pengajian Melayu dapat dikenal pasti, baik daripada segi bidang kepakaran, cara perhubungan mahupun pengemaskinian data peribadi.

Penutup

Jalinan persefahaman antara tamadun, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam bahagian awal kertas kerja ini, merupakan tuntutan fitrah kepada manusia sejagat, demi mencapai keharmonian, kedamaian dan kesejahteraan manusiawi. Dalam konteks jalinan persefahaman antara tamadun Melayu dengan tamadun Cina, terang bahawa hal itu telah berlangsung demikian lamanya, melebihi dua alaf dan menjadi tanggungjawab kita yang ada dalam zaman ini untuk meningkatkannya secara berperancangan. Rasa nostalgia semata-mata akan keakraban pada zaman lampau tidak akan membawa kita maju, melainkan disertai iltizam dan upaya menjana program-program untuk mengisi jalinan persefahaman itu. Dalam kertas kerja ini telah diutarakan beberapa pelan tindakan untuk memenuhi gagasan tersebut. Marilah kita melangkah bermula dengan alif dan membilang bermula dengan satu.

Bibliografi

Awang Sariyan. 2002. “Bahasa Melayu sebagai Wahana Pemersatuan dan Pemerkasaannya di Persada Antarabangsa”. Kolokium Bahasa dan Budaya, Universiti Frankfurt, Jerman.

Awang Sariyan. 2006. Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. 2007. “Keunggulan Bahasa, Persuratan dan Tamadun Melayu”. Ucap Utama Seminar Pasca-Kongres, GAPENA, PEMENANG, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Penulis Pulau Pinang.

Awang Sariyan. 2009. Mencari Makna Diri Melayu: Renungan untuk Bangsaku. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Awang Sariyan. 2009. "Menjalin Persefahaman antara Tamadun: Gagasan Pelan Tindakan". Kertas kerja utama Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Beijing 2009. Pusat Pengajian Melayu China, Beijing Foreign Studies University (31 Mei-3 Jun 2009)

Collins, J. T. 1998. Malay, World Language A Short History. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fatimi, S.Q. 1963. Islam Comes to Malaysia. Singapura: Malaysia Sociological Research Institute.

Liang Liji. 1996 (Cet ke-2 2009). Hubungan Empayar Melaka – Dinasti Ming Abad Ke-15. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mahmud Dhaouadi. 1986. “An exploration into Khaldun and Western Classical Sociologists’ Thought on the Dynamics of Change”, Islamic Quartely, V, XXX, no. 3.

Mohd. Fauzi Hamat. 2005. “Budaya berfikir kritis menurut Ibn Khaldun sebagai asas pembinaan budaya berfikir Melayu masa kini” dlm. Wan Abd. Hamid Wan Teh et al. 2005. Budaya dan Pemikiran dalam Masyarakat Global: Malaysia dan China. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yaacob Yusoff Awang. 2005. “Konfusianisme di Malaysia: Satu Kajian Emprikial terhadap Amalan dan Aplikasi oleh Masyarakat Cina dan Taiwan” dlm. Wan Abd. Hamid Wan The et al. (Ed.). 2005. Budaya dan Pemikiran dalam Masyarakat Global: Malaysia dan China. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Abd. Hamid Wan The et al. (Ed.). 2005. Budaya dan Pemikiran dalam Masyarakat Global: Malaysia dan China. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zhao Yue Zhen. 2007. “Perkembanan Bahasa Melayu di China dan Impak Kesarjanaan China dalam Pengajian Melayu” (Tesis Sarjana Pengajian Melayu, Beijing Foreign Studies University).


~Kembara Bahasa~
4 Disember 2011/8 Muharam 1433


Posted by Kembara Bahasa at 8:49 PM 0 comments
Labels: bahasa, Budaya, Pendidikan

disalin letak bulat-bulat daripada http://kembarabahasa.blogspot.com/2011/12/perkembangan-pengajian-melayu-di-china.html

Friday, December 2, 2011

helping neglish to grow

THE debate will go on and on, and probably never end. Yet, we must ask this question again and again: “What is the position of the English Language for future Malaysians?”

Is there a role or place for the fluent use and mastery of the language for our future generations?

A quick scan across the globe can help us answer these questions.

Firstly, the command of any language is vital for anyone to communicate and excel.

It does not matter what language we use, provided we have access to good translations and correct interpretation in our reading, writing and communication.

Secondly, every country naturally focuses on the development of its national language or national languages, if more than one. This is necessary to ensure its nationals use and develop it to the fullest.

As far as Malaysia is concerned, Bahasa Malaysia is our national language.

Its place and position should never be doubted by any party.

As a language, Bahasa Malaysia is a very beautiful language. I am particularly amazed by its suffixes and prefixes, making it such a flexible and versatile language.

My concern for the national language is whether we have enough capable lexicographers to create and invent good and great words progressively.

One example of a shocking word that came and disappeared from normal usage was the word: ‘ketidakabnormalan’, which is meant to mean a situation of normality!

Another problem for Bahasa Malaysia is the lack of words to express common situations. I searched for a single word to mean ‘selfish’ and found none.

If I was a lexicographer, I may have suggested ‘pridirin’ to mean selfishness, since prihatin means the opposite.

Back to English! What truly should the position of English be in our beloved nation.

The answer is simple. English remains the most widely used language in the world.

We need to speak and communicate in English with the rest of the world!

Malaysia’s position is indeed unique! Apart from the ‘white world’ of Britain, Australia, New Zealand, and North America, there are only a few ex-British colonies where English is still widely used, though mainly in the cities and offices.

You can easily find an English speaking person on the streets in India, South Africa, Singapore, the Philippines, Hong Kong and Malaysia.

Surprisingly, not many countries can ‘boast’ of this.

Malaysia is also among the few countries where English signages are commonly seen on the streets.

If English is so important, where is the rest of the world heading to, and where should Malaysia head now?

The answer seems to be “status quo”. No country is about to dump its own language in favour of English.

No country would downgrade its own language to put English strongly back as the main official language.

What should we do then? The situation is critical, as my generation who grew up reading, writing and thinking in English is slowly dying off.

A time may come when there is no one around to ensure the correct use of grammar, spelling or terms in English.

The answer probably is a multi-pronged approach.

The Education Ministry should continue to play an important role in ensuring that English is being taught properly and emphasised as an important second language.

The Government should continue to have that flexibility to allow communication, including official letters in English.

Thirdly, signage use in English should continue, with the current emphasis that signs should be bilingual.

Introducing the use of English officially in all government departments for one day in the week may also help in its usage.

Finally, at tertiary level, allow teaching and answering of questions in either English or Bahasa Malaysia.

English movies, television and the Internet probably play a vital role in keeping the language being used actively.

Graduates also know that they need proficiency in English to be effective in the private sector.

Ultimately, it is the individual and the use of English at home that will ensure that English remains spoken, understood and used correctly.

Dr K.H. SNG,

Kuala Lumpur.

source: star online and wait till i get my pc to paste
the url..still ipad challenge

Restoring BM Pride

I REFER to the letter “Helping English to grow” by Dr. K.H. Sng (The Star, Nov 28). I agree with him that lexicographers of the Malay language or general scholars are not up to the mark in deriving proper words and concepts.

The Malay language has failed to take the lead in modern scientific discourse due to two main reasons: The first, the rampant misconstruction of the word Bahasa Malaysia in detriment of Bahasa Melayu, and secondly, the haphazard effort of “modernising” Bahasa Melayu by cutting off its original roots.

The first is clear because if Bahasa Malaysia is to be rendered in English, it will be called the “Malaysian language” which is a total misnomer and unfounded in the history of our people.

The right term is Bahasa Melayu which befits the English translation in the form of “Malay language”.

According to the authority on the Malay language, Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas, Bahasa Melayu is considered to be a family member of Islamic languages that consists of Arabic, Persian, Turkish and Urdu.

These languages share many crucial semantic terms that define their rich legacy in subsisting advanced discourse especially in the realm of knowledge.

This can be proven via the legacy of scientific works in those languages, notably Arabic and Persian, had upon the translation movement of European scholars that heralded the age of the Renaissance and Enlightenment in the West.

Perhaps the younger Malaysian generation has forgotten that our national language in pre-Merdeka was actually in Arabic script that we called “jawi” instead of the current romanised form.

It is known that former Singaporean Prime Minister Lee Kuan Yew used to write in ‘jawi’ to communicate with fellow Malayans back then.

This jawi script despite having its own “sound-system” shared many important semantic terms with other Islamic languages especially Arabic. This intimate linkage holds the key for Bahasa Melayu to be progressive and scientific as the linkages that exist among its family of Islamic languages can alleviate our national language’s ability and stature in creating progressive terms, words and concepts.

Classical Malay language in the form of jawi adheres to an intricate root-system just like the Arabic language and to a certain extent Latin.

Modern Malay language, especially the romanised version, has destroyed not just the form but the spirit and depth of the Malay language.

This has left the language, as lamented by Dr Sng, in a truly deplorable state because the younger and modern Malay lexicographers, scholars, scientists and professionals who are untrained in classical Malay readings will only be able to appreciate and develop a truncated version of the modernised Malay language which more often is being developed by the mere transcribing of English words.

This not only happens to our national language but also affects adversely the national language of our neighbour, Indonesia.

I am not suggesting that the romanised national language be transformed radically into jawi script. But if we are really sincere in restoring our national language to its proper place, then the Government must acknowledge and support authoritative Malay scholars who have deep knowledge of the Bahasa Melayu of the past where its form and spirit held greater potential for the development and advancement of our national language in confronting modern-day needs and challenges, especially as a medium of not only the language of science but of national unity.

WAN AHMAD FAYHSAL WAN AHMAD KAMAL,
Research Fellow,
Assembly of Intellectual Muslims (Hakim).
sa
source: the star online n for specific url, let me figure out how to cut and paste - still ipad illiterate

Tuesday, November 29, 2011

Sedekah - Kapten Hafiz Firdaus Abdullah

[S]abda Rasulullah yang bermaksud: Ubatilah orang sakit di kalangan kalian dengan bersedekah. [Riwayat Abu Syaikh, Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no: 744]



Sebenarnya sedekah adalah satu bentuk pelaburan. Apabila kita bersedekah, Allah akan melipat gandakan kurniaan-Nya kepada kita hingga apa yang sebelum ini tidak cukup menjadi cukup dan apa yang sebelum ini cukup menjadi lebihan. Apa yang penting ialah kita bersedekah secara ikhlas kepada Allah dan beriman akan pulangannya daripada Allah.

Salin letak bulat-bulat daripada: http://hafizfirdaus.com/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=591

Makluman: Rujuk laman sesawang di alamat di atas untuk membaca keseluruhan artikel.

Monday, November 28, 2011

Lagi bahasa esemes - Nisah Haron

Lagi bahasa esemes

Sebelum saya teruskan entri tentang Shanghai yang seterusnya, ada selingan sikit. Ada yang meletakkan respons dalam kotak reaksi bagi entri saya yang berjudul "Bahasa rancu, esemes & standard"


erm..ape salahnye gunebahase sms? kalau dapat keratmase penghantaran sampai 2 kali ganda.. kalau ade makcik tgh kene rompak, kan lagi cepat polis sampai kalau die tulis "TLG DTG SKRG!! ORG TGH ROMPK SY DI KLCC!!"

kite kene pandai meletakkan penggunaan dia je la.. kalau dalam surat rasmi ke, ceramah ke, memang la tak boleh..kadang2 org bahasa ni terlalu memandang benda yang remeh sampai benda lagi besar tak boleh nampak.. lagi pun, guna bahasa tak formal (mcm yg saye tgh gune skg ni) lagi sampai maksud die, lagi berkesan. cube bace balik komen2 kat atas ni, kan rase kurang keberkesanan dia? rase cam tgh cakap ngan robot.
TLG DTG SKRG!! ORG TGH ROMPK SY DI KLCC!!"

OK, saya tidak akan mempertikaikan logiknya (orang tengah kena rompak takkan sempat mengirim esemes). **Nisah Haron garu kepala membayangkan bagaimana mak cik yang pakai selendang renda simpul di leher dengan baju kebaya nyonya dan berkain batik lepas, tergigil-gigil akibat dirompak, sedang memegang telefon bimbit dan sempat menaip esemes.**

http://annyss.blogspot.com/2006/06/lagi-bahasa-esemes.html

Ulasan Dinsman terhadap Tulisan Sohaimi Abdul Aziz tentang Perjuangan Bahasa

Ulasan Dinsman terhadap Tulisan Sohaimi Abdul Aziz tentang Perjuangan Bahasa


Mengalu-alukan seorang ‘pejuang bahasa’ yang baru

oleh Dinsman (Artikel 268, 25/11)dalam Harakah 25-27 Movember 2011)

Ada dua tiga tajuk sudah siap beratur menunggu giliran untuk ditulis, sesuai dengan dua tiga peristiwa budaya yang penting. Tapi tiba-tiba kawan-kawan pula kecoh hal seorang pensyarah dari universiti di sebuah pulau di utara Malaysia yang menulis lagi pasal bahasa dan masalah PPSMI, yang caranya menulis itu agak pelik sedikitlah. Maka saya pun bacalah tulisan beliau itu dan muta’idlah keinginan untuk menjawabnya, lalu terpaksalah diketepikan dulu tajuk-tajuk yang sudah beratur itu untuk didahulukan maudhuk ini.

Arkian, ada pun pensyarah ini nampaknya seperti orang yang baru saja bangun dari tidur yang di dalam tidurnya itu dia telah mendapat satu mimpi yang menyuruh dia menulis mengenai soal bahasa dan masalah PPSMI, seolah-olah dialah seorang yang sangat arif mengenai perkara tersebut dan dialah seorang yang bersemangat waja untuk berjuang mendaulatkan bahasa Melayu, lalu dengan berpakaian seperti Hang Lekiu pahlawan zaman kesultanan Melaka itu dia pun tampil dengan keris terhunus di tengah-tengah khalayak, membuka pencak silatnya dan teruslah dia menghamburkan kata-kata dari dalam mimpinya itu tanpa peduli lagi untuk mengenali terlebih dahulu siapakah yang berada di kanan dan di kirinya dan siapakah yang berada di depan dan di belakangnya.

Aduhai, maka beberapa orang yang berada di kiri dan di kanan itu pun pedihlah juga cuping telinga mereka mendengar tutur kata yang sangat sumbang dan kecundang itu, bukan layaknya seorang pujangga yang tahu menghormati sahabat dan handai. Aduh, dia mengata-ngata pejuang bahasa yang pro-PPSMI telah tidak bertindak bijak kerana terpukau dengan janji manis Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri, padahal dia tidak kenal pun siapakah yang dimaksudkannya pejuang bahasa itu.

Ha ha, dia nampaknya tidak tahu pun apa yang telah dan sedang berlaku dalam padang dan gelanggang serta medan perjuangan bahasa selama ini. Ha ha, inilah yang membuatkan kawan-kawan menjadi mashghul, kerana sepatutnya beliau itu menjelmakan dirinya terlebih dahulu di halaman GMP – Gerakan Mansuhkan PPSMI, dan bertanya khabar mengenai duduknya perkara yang sebenar, kerana gerakan memperjuangkan supaya dihapuskan PPSMI ini sudahpun lama diwujudkan dan telahpun bertempur di medan perang dengan ratusan ribu para pejuangnya yang hadir dari seluruh pelosok negeri.

Di manakah beliau itu pada ketika A Samad Said sedang kelemasan dek semburan gas pemedih mata dari soldadu ganas Umno-BN itu? Apakah beliau masih diulet mimpi-mimpi manis bersama para profesor kangkung di menara-menara ilmu yang sesat itu ataupun beliau juga hadir bersama dalam pertempuran yang dipimpin oleh Datuk Hassan Ahmad (semoga Allah merahmati rohnya) dan A Samad Said serta Prof Shaharir Mohd Zain itu?

Tidak mengapalah beliau hadir ataupun tidak dalam peristiwa yang bersejarah itu. Mungkin beliau ada penjelasannya sendiri. Tetapi berdasarkan tulisannya itu nampaknya beliau yang baru bangun dari tidurnya yang panjang ini tidak membuat usul periksa terlebih dahulu, melainkan meluru dengan membuta tuli sahaja. Tidak pasti siapakah yang dimarahinya dan siapakah yang dimusuhinya dan siapakah yang disimpatinya, atau apakah tujuan dan matlamatnya yang sebenanrnya?

Sewaktu kali pertama dia membuat kemunculannya dulu, saya berhujah kepada kawan-kawan supaya kita menyambutnya dengan ramah dan baik walaupun dia tidak memberi salam pun kepada kita.

“Apa salahnya kita menyambut dia dengan baik, kerana dia nampaknya hendak menyokong kita juga walaupun cara dan pendekatannya itu agak kasar, sombong dan kurang beradab sikit. Tak mengapalah, kita pun barangkali dilihat orang begitu juga,” hujah saya kepada kawan-kawan yang sedanag gusar.

Saya memilih untuk melihatnya sebagai seorang penyokong baru kita. Dan kehadiran seorang penyokong baru yang seperti beliau itu amatlah berfaedah untuk perjuangan kita, samada perjuangan dalam medan bahasa dan sastera mahupun perjuangan dalam “berani berkata benar” di medan umum masyarakat kita hari ini yang semakin tidak faham dengan maksud ‘kebenaran’ itu sendiri pun.

Memang, bukannya mudah untuk mendapat seorang penyokong baru dalam suasana yang tidak menentu hari ini. Mungkin tutur katanya itu agak bercelaru dan tersilap tuju di sana sini. Tidak mengapalah. Yang pentingnya niat di dalam hatinya itu, atau ‘kesedaran’ di dalam dirinya (seperti kata yang diungkapkan Arbak Othman dalam analisa puisi di Melaka itu, dan mungkin akan diungkapkannya lagi 26 Nevember ini di surau KBD jalan Gombak).

Memang dia seperti tidak menyedari pun akan kewujudan dan peranan yang dimainkan oleh GMP selama ini. Maknanya, dia juga mungkin tak pernah membaca pun akhbar Harakah dan kolum Wacana Budaya ini. Kalau dia membaca Harakah tidak mungkinlah dia tidak menge-tahui dan menyedari akan kerja-kerja yang dibuat oleh GMP dan juga Paksi selama ini. ‘Kan?

“Tetapi dia menulis dalam Harakah. Tak mungkin dia tak baca Harakah?” bidas kawan saya.

“Apa nak hairankan?” jawab saya. “Beberapa orang kawan kita daripada Asasi Kedah itu, yang puisi dan cerpen mereka dihantar dan disiarkan dalam Harakah, mereka masih lagi bersikap seperti orang Gapena yang Umno-BN itu, yang masih takut untuk ‘berani berkata benar’. Karya saja mereka hantar ke Harakah. Baca Harakah belum pasti.”

“Jadi, yang ini pun macam itu juga?” bingkas seorang kawan. “Mereka ini takut untuk ‘berani berkata benar’, atau memang tidak ada kesedaran?”

Tak mengapalah, walau apa pun. Kita jangan bermusuh dengan mereka.

Tetapi apabila dia muncul lagi dengan cara dan gaya yang tidak berubah seperti dulu juga, masih dengan bodoh-sombongnya itu walaupun berpakaian seorang cerdik pandai dan mahaguru di menara gading, dan kawan-kawan saya pun jadi masyghul lagi, maka saya pun terusik jugalah untuk membuat sedikit usikan kepadanya.

Arkian, maka tulisan ini pun mohon mengundur diri. Salaam!

(Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau sms 019-9592408)

sumber, atau lebih tepat lagi disalin-letak bulat-bulat dari http://kembarabahasa.blogspot.com/2011/11/mengalu-alukan-seorang-pejuang-bahasa.html

Friday, November 25, 2011

Langkah Mudah Menterjemah - Prof Emeritus Abdullah Hassan

Silalah kongsikan dengan sesiapa saja sekiranya berkenan dan berkenaan.

Seperti yang Tuan mohon, sila ikut enam langkah mudah ini.

1. LANGKAH MENTERJEMAH

Menterjemah ini dapat dilakukan menurut beberapa langkah. Ini tidak bermakna langkah-langkah tersebut dilakukan satu persatu. Sebenarnya ada beberapa langkah yang boleh dilakukan serentak:

Pertama: Menganalisis teks
Baca dan fahami gaya dan tujuan teks itu ditulis. Pastikan sama ada teks itu berbentuk karya sastera, teknikal atau umum. 

Kedua: Membaca dan memahami
Langkah ini dapat dijalankan sekali gus dengan langkah pertama. Kata-kata sukar yang tidak difahami bolehlah ditandai.  Ada makna yang dapat diramal daripada situasinya.

Ketiga: Memisahkan unit-unit bermakna
Sambil membaca untuk langkah pertama dan kedua, tentu ada penterjemah yang sudah mula boleh memisahkan unsur-unsur yang bermakna di dalam teks itu. Setiap unit hendaklah mengandungi makna yang penuh.

Keempat: memberi padanan
Apabila unit-unit yang bermakna sudah berpisah, maka makna bagi setiap satunya bolehlah diberikan, baik satu-lawan- satu, literal atau bebas.

Kelima: Menyusun semula
Susun semula terjemah menurut unit tersebut dalam ayat- ayat yang lengkap.

Keenam: Menilai dan menyunting
Apabila terjemahan unit-unit yang bermakna itu telah disusun, maka bolehlah dinilai ketepatan terjemahannya dan kesesuaian gaya dan tatabahasanya. Penyuntingan dilakukan sekali gus. Hasil langkah keenam ini adalah hasil terjemahan tersebut. 

Contoh:

Although it may be said that the Indonesian language originated from the Malay language, the same may not be said about Indonesian literature. For one, Malay literature as it is known in Malaysia and Singapore still maintains close links with old classical forms. In contrasts, contemporary Indonesian literature has almost no relationship whatsoever with classical Malay. However, this was certainly not the case at the onset, for it is well known that the early proponents of Indonesian literature did try to maintain such a relationship with the classics.  For example, old Malay books such as Sejarah Melayu, Hikayat Si Miskin and others were extensively read, as were such literary forms as the pantun, syair and gurindam. All these were taught to students as part of the heritage of Indonesian language and literature, but as it became increasingly more difficult to obtain books in and on these forms, serious and containuous study could not be effected. In fact, it has been said that for over two decades a whole generation of Indonesian students were not at all acquainted with these classical Malay forms. 

Langkah 1
Ini adalah satu teks akademik, mengenai hubungan kesusasteraan Melayu lama dengan yang moden. Tidak banyak peribahasa, tetapi pemakaian katanya agak formal menurut laras akademik.

Langkah 2
Baca dan fahamkan seluruh petikan dan buat analisis teks. 

Langkah 3
Pisahkan unit-unit yang bermakna, ayat demi ayat.

1. Although/ it may be said that/ the Indonesian language/ originated from the Malay language/, the same may not be said/ about Indonesian literature/. 

2. For one,/ Malay literature/ as it is known in Malaysia and Singapore/ still maintains close links/ with old classical forms/.

3. In contrasts,/ contemporary Indonesian literature/ has almost no relationship whatsoever/with classical Malay/.

4. However/, this was certainly not the case/ at the onset,/ for it is well known that/the early proponents of Indonesian literature/ did try to maintain/ such a relationship with the classics./

5. For example/, old Malay books/ such as Sejarah Melayu, Hikayat Si Miskin and others/ were extensively read/, as were such literary forms/ as the pantun, syair and gurindam./

6. All these/ were taught to students/ as part of the heritage/ of Indonesian language and literature,/ but as it became increasingly more difficult/ to obtain books/ in and on these forms/, serious and continuous study/ could not be effected/.

7. In fact,/ it has been said that/ for over two decades/ a whole generation of Indonesian students/ were not at all acquainted/ with these classical Malay forms/. 

Langkah 4
Beri padanan ayat demi ayat.

Ayat 1

Although                        
Sungguhpun,

it may be said that
boleh dikatakan bahawa

the Indonesian language
bahasa Indonesia itu

originated from the Malay language
berasal daripada Bahasa Melayu

the same may not be said
perkara yang sama tidak boleh dikatakan

about Indonesian literature
mengenai kesusasteraan Indonesia

Ayat 2

For one
Satu sebabnya,

Malay literature
Kesusasteraaan Melayu

as it is known in Malaysia and Singapore
sebagai yang dikenali di Malaysia dan Singapura

still maintains close links
masih mengekalkan hubungan rapat

with old classical forms
dengan bentuk-bentuk klasik

Ayat 3

In contrast
Ini bertentangan dengan

contemporary Indonesian literature
Kesusasteraan Indonesia semasa

has almost no relationship whatsoever
hampir tidak mempunyai hubungan langsung

with classical Malay
dengan bahasa Melayu klasik 

Ayat 4

However
Walau bagaimanapun

this was certainly not the case
ini sememangnya tidak sebegitu

at the onset
pada mulanya

for it is well known that
kerana adalah sangat dikenali

the early proponents of Indonesian literature
bahawa pengkaji-pengkaji awal kesusasteraan Indonesia

did try to maintain
cuba mengatakan ada

such a relationship with the classics
hubungan demikian dengan sastera klasik. 

Ayat 5

For example
Misalnya,

old Malay books
buku-buku lama Bahasa Melayu

such as Sejarah Melayu, Hikayat Si Miskin and others
seperti Sejarah Melayu, Hikayat Si Miskin dan yang lain-lain,

were extensively read
dibaca dengan luasnya

as were such literary forms
seperti bentuk-bentuk kesusasteraan

as the pantun, syair and gurindam
seperti pantun, syair dan gurindam.

Ayat 6

All these
Semua ini

Were taught
diajar
to students
kepada pelajar

as part of the heritage
sebagai sebahagian daripada warisan

of Indonesian language and Literature
bahasa dan kesusasteraan Indonesia

but as it became increasingly more difficult
tetapi apabila ia menjadi bertambah sukar


to obtain books
mendapatkan buku

in and on these forms
di dalam dan mengenai bentuk-bentuk ini

serious and continous study
kajian yang serius dan berterus

could not be effected
tidak boleh dijalankan

Ayat 7

In fact
Sebenarnya

it has been said that
telah dikatakan bahawa

for over two decades
bagi selama lebih dua dekad

a whole generation of Indonesian students
seluruh generasi pelajar Indonesia

were not at all acquainted
tidak langsung dapat berkenal

with these classical Malay form
dengan bentuk-bentuk klasik Bahasa Melayu ini


Langkah 5
Gabungkan semula padanan unit bermakna tadi menjadi tujuh ayat semula.

1. Sungguhpun, boleh dikatakan bahawa bahasa Indonesia itu berasal daripada Bahasa Melayu, hal yang sama tidaklah boleh dikatakan mengenai kesusasteraan Indonesia.

2. Salah satu daripada sebabnya ialah kesusasteraan Melayu sebagai yang dikenali di Malaysia dan Singapura itu masi mengekalkan hubungan rapatnya dengan bentuk-bentuk klasik.

3. Ini bertentangan dengan kesusasteraan Indonesia semasa yang hampir tidak mempunyai hubungan langsung dengan Bahasa Melayu klasik.

4. Walau bagaimanapun ini memangnya tidak seperti itu pada awalnya, kerana memang diketahui sangat bahawa pengkaji-pengkaji awal kesusasteraan Indonesia cuba mengatakan ada perhubungan demikian dengan kesusasteraan klasik.

5. Misalnya buku-buku lama bahasa Melayu seperti Sejarah Melayu, Hikayat Si Miskin, dan yang lain-lain telah dibaca dengan luasnya samalah seperti pantun, syair dan gurindam.

6. Semua ini diajar kepada siswa sebagai sebahagian daripada warisan bahasa dan kesusasteraan Indonesia, tetapi apabila menjadi semakin sukar untuk mendapatkan buku di dalam dan mengenai bentuk-bentuk ini maka kajian yang serius dan berterusan tidak dapat dijalankan.

7. Sebenarnya, telah dikatakan bahawa bagi selama lebih daripada dua dekad seluruh generasi pelajar Indonesia tidak langsung dapat berkenalan dengan bentuk-bentuk klasik Bahasa Melayu. 

Langkah 6
Gabungkan semua ayat yang diterjemahkan tadi menjadi paragraf kembali.

Sungguhpun boleh dikatakan bahawa bahasa Indonesia itu berasal daripada bahasa Melayu, hal yang sama tidaklah dapat dikatakan mengenai kesusasteraan Indonesia.  Salah satu daripada sebabnya ialah kesusasteraan Melayu sebagai yang dikenali di Malaysia dan Singapura itu masih mengekalkan hubungan rapatnya dengan bentuk-bentuk klasik.  Ini bertentangan dengan kesusasteraan Indonesia semasa yang hampir tidak mempunyai hubungan langsung dengan bahasa Melayu klasik.  Walau bagaimanapun ini memangnya tidak seperti itu pada peringkat awalnya, kerana memang diketahui sangat bahawa pengkaji-pengkaji awal kesusasteraan Indonesia cuba mengatakan ada perhubungan demikian dengan kesusasteraan klasik.  Misalnya buku-buku lama Indonesia seperti Sejarah Melayu, Hikayat Si Miskin, dan yang lain-lain telah dibaca dengan luasnya, samalah seperti pantun, syair dan gurindam.  Semua ini diajar kepada siswa sebagai sebahagian daripada warisan bahasa dan kesusasteraan Indonesia, tetapi oleh kerana semakin sukar untuk mendapatkan buku mengenainya di dalam bentuk tersebut, maka kajian yang serius dan berterusan tidak dapat dijalankan.  Sebenarnya, telah dikatakan bahawa bagi selama dua dekad seluruh generasi pelajar Indonesia tidak langsung dapat berkenalan dengan bentuk-bentuk klasik bahasa Melayu.

Dalam langkah 6, sedikit penyuntingan telah dilakukan kepada ayat 6 dan 7 untuk memperjelaskan makna.  Sekiranya terjemahan setiap unit makna dilakukan dengan baik, tidaklah perlu lagi penyuntingan rapi.  Hasil langkah 6 adalah peringkat terakhir dan semestinya dapat difaham.

ULASAN
Bukan semua langkah mesti dibuat berperingkat-peringkat secara rapi begini.  Langkah 1 dan 2 dapat dijalankan sekali langkah 3 dan 4 boleh dijalankan serentak.  Malah bagi mereka yang sudah mahir langkah 1, 2, 3 dan 4 dapat dibuat sekali gus.  Langkah 5 dan 6 pula dapat dibuat sekali gus juga.