Tuesday, November 29, 2011

Sedekah - Kapten Hafiz Firdaus Abdullah

[S]abda Rasulullah yang bermaksud: Ubatilah orang sakit di kalangan kalian dengan bersedekah. [Riwayat Abu Syaikh, Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no: 744]



Sebenarnya sedekah adalah satu bentuk pelaburan. Apabila kita bersedekah, Allah akan melipat gandakan kurniaan-Nya kepada kita hingga apa yang sebelum ini tidak cukup menjadi cukup dan apa yang sebelum ini cukup menjadi lebihan. Apa yang penting ialah kita bersedekah secara ikhlas kepada Allah dan beriman akan pulangannya daripada Allah.

Salin letak bulat-bulat daripada: http://hafizfirdaus.com/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=591

Makluman: Rujuk laman sesawang di alamat di atas untuk membaca keseluruhan artikel.

Monday, November 28, 2011

Lagi bahasa esemes - Nisah Haron

Lagi bahasa esemes

Sebelum saya teruskan entri tentang Shanghai yang seterusnya, ada selingan sikit. Ada yang meletakkan respons dalam kotak reaksi bagi entri saya yang berjudul "Bahasa rancu, esemes & standard"


erm..ape salahnye gunebahase sms? kalau dapat keratmase penghantaran sampai 2 kali ganda.. kalau ade makcik tgh kene rompak, kan lagi cepat polis sampai kalau die tulis "TLG DTG SKRG!! ORG TGH ROMPK SY DI KLCC!!"

kite kene pandai meletakkan penggunaan dia je la.. kalau dalam surat rasmi ke, ceramah ke, memang la tak boleh..kadang2 org bahasa ni terlalu memandang benda yang remeh sampai benda lagi besar tak boleh nampak.. lagi pun, guna bahasa tak formal (mcm yg saye tgh gune skg ni) lagi sampai maksud die, lagi berkesan. cube bace balik komen2 kat atas ni, kan rase kurang keberkesanan dia? rase cam tgh cakap ngan robot.
TLG DTG SKRG!! ORG TGH ROMPK SY DI KLCC!!"

OK, saya tidak akan mempertikaikan logiknya (orang tengah kena rompak takkan sempat mengirim esemes). **Nisah Haron garu kepala membayangkan bagaimana mak cik yang pakai selendang renda simpul di leher dengan baju kebaya nyonya dan berkain batik lepas, tergigil-gigil akibat dirompak, sedang memegang telefon bimbit dan sempat menaip esemes.**

http://annyss.blogspot.com/2006/06/lagi-bahasa-esemes.html

Ulasan Dinsman terhadap Tulisan Sohaimi Abdul Aziz tentang Perjuangan Bahasa

Ulasan Dinsman terhadap Tulisan Sohaimi Abdul Aziz tentang Perjuangan Bahasa


Mengalu-alukan seorang ‘pejuang bahasa’ yang baru

oleh Dinsman (Artikel 268, 25/11)dalam Harakah 25-27 Movember 2011)

Ada dua tiga tajuk sudah siap beratur menunggu giliran untuk ditulis, sesuai dengan dua tiga peristiwa budaya yang penting. Tapi tiba-tiba kawan-kawan pula kecoh hal seorang pensyarah dari universiti di sebuah pulau di utara Malaysia yang menulis lagi pasal bahasa dan masalah PPSMI, yang caranya menulis itu agak pelik sedikitlah. Maka saya pun bacalah tulisan beliau itu dan muta’idlah keinginan untuk menjawabnya, lalu terpaksalah diketepikan dulu tajuk-tajuk yang sudah beratur itu untuk didahulukan maudhuk ini.

Arkian, ada pun pensyarah ini nampaknya seperti orang yang baru saja bangun dari tidur yang di dalam tidurnya itu dia telah mendapat satu mimpi yang menyuruh dia menulis mengenai soal bahasa dan masalah PPSMI, seolah-olah dialah seorang yang sangat arif mengenai perkara tersebut dan dialah seorang yang bersemangat waja untuk berjuang mendaulatkan bahasa Melayu, lalu dengan berpakaian seperti Hang Lekiu pahlawan zaman kesultanan Melaka itu dia pun tampil dengan keris terhunus di tengah-tengah khalayak, membuka pencak silatnya dan teruslah dia menghamburkan kata-kata dari dalam mimpinya itu tanpa peduli lagi untuk mengenali terlebih dahulu siapakah yang berada di kanan dan di kirinya dan siapakah yang berada di depan dan di belakangnya.

Aduhai, maka beberapa orang yang berada di kiri dan di kanan itu pun pedihlah juga cuping telinga mereka mendengar tutur kata yang sangat sumbang dan kecundang itu, bukan layaknya seorang pujangga yang tahu menghormati sahabat dan handai. Aduh, dia mengata-ngata pejuang bahasa yang pro-PPSMI telah tidak bertindak bijak kerana terpukau dengan janji manis Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri, padahal dia tidak kenal pun siapakah yang dimaksudkannya pejuang bahasa itu.

Ha ha, dia nampaknya tidak tahu pun apa yang telah dan sedang berlaku dalam padang dan gelanggang serta medan perjuangan bahasa selama ini. Ha ha, inilah yang membuatkan kawan-kawan menjadi mashghul, kerana sepatutnya beliau itu menjelmakan dirinya terlebih dahulu di halaman GMP – Gerakan Mansuhkan PPSMI, dan bertanya khabar mengenai duduknya perkara yang sebenar, kerana gerakan memperjuangkan supaya dihapuskan PPSMI ini sudahpun lama diwujudkan dan telahpun bertempur di medan perang dengan ratusan ribu para pejuangnya yang hadir dari seluruh pelosok negeri.

Di manakah beliau itu pada ketika A Samad Said sedang kelemasan dek semburan gas pemedih mata dari soldadu ganas Umno-BN itu? Apakah beliau masih diulet mimpi-mimpi manis bersama para profesor kangkung di menara-menara ilmu yang sesat itu ataupun beliau juga hadir bersama dalam pertempuran yang dipimpin oleh Datuk Hassan Ahmad (semoga Allah merahmati rohnya) dan A Samad Said serta Prof Shaharir Mohd Zain itu?

Tidak mengapalah beliau hadir ataupun tidak dalam peristiwa yang bersejarah itu. Mungkin beliau ada penjelasannya sendiri. Tetapi berdasarkan tulisannya itu nampaknya beliau yang baru bangun dari tidurnya yang panjang ini tidak membuat usul periksa terlebih dahulu, melainkan meluru dengan membuta tuli sahaja. Tidak pasti siapakah yang dimarahinya dan siapakah yang dimusuhinya dan siapakah yang disimpatinya, atau apakah tujuan dan matlamatnya yang sebenanrnya?

Sewaktu kali pertama dia membuat kemunculannya dulu, saya berhujah kepada kawan-kawan supaya kita menyambutnya dengan ramah dan baik walaupun dia tidak memberi salam pun kepada kita.

“Apa salahnya kita menyambut dia dengan baik, kerana dia nampaknya hendak menyokong kita juga walaupun cara dan pendekatannya itu agak kasar, sombong dan kurang beradab sikit. Tak mengapalah, kita pun barangkali dilihat orang begitu juga,” hujah saya kepada kawan-kawan yang sedanag gusar.

Saya memilih untuk melihatnya sebagai seorang penyokong baru kita. Dan kehadiran seorang penyokong baru yang seperti beliau itu amatlah berfaedah untuk perjuangan kita, samada perjuangan dalam medan bahasa dan sastera mahupun perjuangan dalam “berani berkata benar” di medan umum masyarakat kita hari ini yang semakin tidak faham dengan maksud ‘kebenaran’ itu sendiri pun.

Memang, bukannya mudah untuk mendapat seorang penyokong baru dalam suasana yang tidak menentu hari ini. Mungkin tutur katanya itu agak bercelaru dan tersilap tuju di sana sini. Tidak mengapalah. Yang pentingnya niat di dalam hatinya itu, atau ‘kesedaran’ di dalam dirinya (seperti kata yang diungkapkan Arbak Othman dalam analisa puisi di Melaka itu, dan mungkin akan diungkapkannya lagi 26 Nevember ini di surau KBD jalan Gombak).

Memang dia seperti tidak menyedari pun akan kewujudan dan peranan yang dimainkan oleh GMP selama ini. Maknanya, dia juga mungkin tak pernah membaca pun akhbar Harakah dan kolum Wacana Budaya ini. Kalau dia membaca Harakah tidak mungkinlah dia tidak menge-tahui dan menyedari akan kerja-kerja yang dibuat oleh GMP dan juga Paksi selama ini. ‘Kan?

“Tetapi dia menulis dalam Harakah. Tak mungkin dia tak baca Harakah?” bidas kawan saya.

“Apa nak hairankan?” jawab saya. “Beberapa orang kawan kita daripada Asasi Kedah itu, yang puisi dan cerpen mereka dihantar dan disiarkan dalam Harakah, mereka masih lagi bersikap seperti orang Gapena yang Umno-BN itu, yang masih takut untuk ‘berani berkata benar’. Karya saja mereka hantar ke Harakah. Baca Harakah belum pasti.”

“Jadi, yang ini pun macam itu juga?” bingkas seorang kawan. “Mereka ini takut untuk ‘berani berkata benar’, atau memang tidak ada kesedaran?”

Tak mengapalah, walau apa pun. Kita jangan bermusuh dengan mereka.

Tetapi apabila dia muncul lagi dengan cara dan gaya yang tidak berubah seperti dulu juga, masih dengan bodoh-sombongnya itu walaupun berpakaian seorang cerdik pandai dan mahaguru di menara gading, dan kawan-kawan saya pun jadi masyghul lagi, maka saya pun terusik jugalah untuk membuat sedikit usikan kepadanya.

Arkian, maka tulisan ini pun mohon mengundur diri. Salaam!

(Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau sms 019-9592408)

sumber, atau lebih tepat lagi disalin-letak bulat-bulat dari http://kembarabahasa.blogspot.com/2011/11/mengalu-alukan-seorang-pejuang-bahasa.html

Friday, November 25, 2011

Langkah Mudah Menterjemah - Prof Emeritus Abdullah Hassan

Silalah kongsikan dengan sesiapa saja sekiranya berkenan dan berkenaan.

Seperti yang Tuan mohon, sila ikut enam langkah mudah ini.

1. LANGKAH MENTERJEMAH

Menterjemah ini dapat dilakukan menurut beberapa langkah. Ini tidak bermakna langkah-langkah tersebut dilakukan satu persatu. Sebenarnya ada beberapa langkah yang boleh dilakukan serentak:

Pertama: Menganalisis teks
Baca dan fahami gaya dan tujuan teks itu ditulis. Pastikan sama ada teks itu berbentuk karya sastera, teknikal atau umum. 

Kedua: Membaca dan memahami
Langkah ini dapat dijalankan sekali gus dengan langkah pertama. Kata-kata sukar yang tidak difahami bolehlah ditandai.  Ada makna yang dapat diramal daripada situasinya.

Ketiga: Memisahkan unit-unit bermakna
Sambil membaca untuk langkah pertama dan kedua, tentu ada penterjemah yang sudah mula boleh memisahkan unsur-unsur yang bermakna di dalam teks itu. Setiap unit hendaklah mengandungi makna yang penuh.

Keempat: memberi padanan
Apabila unit-unit yang bermakna sudah berpisah, maka makna bagi setiap satunya bolehlah diberikan, baik satu-lawan- satu, literal atau bebas.

Kelima: Menyusun semula
Susun semula terjemah menurut unit tersebut dalam ayat- ayat yang lengkap.

Keenam: Menilai dan menyunting
Apabila terjemahan unit-unit yang bermakna itu telah disusun, maka bolehlah dinilai ketepatan terjemahannya dan kesesuaian gaya dan tatabahasanya. Penyuntingan dilakukan sekali gus. Hasil langkah keenam ini adalah hasil terjemahan tersebut. 

Contoh:

Although it may be said that the Indonesian language originated from the Malay language, the same may not be said about Indonesian literature. For one, Malay literature as it is known in Malaysia and Singapore still maintains close links with old classical forms. In contrasts, contemporary Indonesian literature has almost no relationship whatsoever with classical Malay. However, this was certainly not the case at the onset, for it is well known that the early proponents of Indonesian literature did try to maintain such a relationship with the classics.  For example, old Malay books such as Sejarah Melayu, Hikayat Si Miskin and others were extensively read, as were such literary forms as the pantun, syair and gurindam. All these were taught to students as part of the heritage of Indonesian language and literature, but as it became increasingly more difficult to obtain books in and on these forms, serious and containuous study could not be effected. In fact, it has been said that for over two decades a whole generation of Indonesian students were not at all acquainted with these classical Malay forms. 

Langkah 1
Ini adalah satu teks akademik, mengenai hubungan kesusasteraan Melayu lama dengan yang moden. Tidak banyak peribahasa, tetapi pemakaian katanya agak formal menurut laras akademik.

Langkah 2
Baca dan fahamkan seluruh petikan dan buat analisis teks. 

Langkah 3
Pisahkan unit-unit yang bermakna, ayat demi ayat.

1. Although/ it may be said that/ the Indonesian language/ originated from the Malay language/, the same may not be said/ about Indonesian literature/. 

2. For one,/ Malay literature/ as it is known in Malaysia and Singapore/ still maintains close links/ with old classical forms/.

3. In contrasts,/ contemporary Indonesian literature/ has almost no relationship whatsoever/with classical Malay/.

4. However/, this was certainly not the case/ at the onset,/ for it is well known that/the early proponents of Indonesian literature/ did try to maintain/ such a relationship with the classics./

5. For example/, old Malay books/ such as Sejarah Melayu, Hikayat Si Miskin and others/ were extensively read/, as were such literary forms/ as the pantun, syair and gurindam./

6. All these/ were taught to students/ as part of the heritage/ of Indonesian language and literature,/ but as it became increasingly more difficult/ to obtain books/ in and on these forms/, serious and continuous study/ could not be effected/.

7. In fact,/ it has been said that/ for over two decades/ a whole generation of Indonesian students/ were not at all acquainted/ with these classical Malay forms/. 

Langkah 4
Beri padanan ayat demi ayat.

Ayat 1

Although                        
Sungguhpun,

it may be said that
boleh dikatakan bahawa

the Indonesian language
bahasa Indonesia itu

originated from the Malay language
berasal daripada Bahasa Melayu

the same may not be said
perkara yang sama tidak boleh dikatakan

about Indonesian literature
mengenai kesusasteraan Indonesia

Ayat 2

For one
Satu sebabnya,

Malay literature
Kesusasteraaan Melayu

as it is known in Malaysia and Singapore
sebagai yang dikenali di Malaysia dan Singapura

still maintains close links
masih mengekalkan hubungan rapat

with old classical forms
dengan bentuk-bentuk klasik

Ayat 3

In contrast
Ini bertentangan dengan

contemporary Indonesian literature
Kesusasteraan Indonesia semasa

has almost no relationship whatsoever
hampir tidak mempunyai hubungan langsung

with classical Malay
dengan bahasa Melayu klasik 

Ayat 4

However
Walau bagaimanapun

this was certainly not the case
ini sememangnya tidak sebegitu

at the onset
pada mulanya

for it is well known that
kerana adalah sangat dikenali

the early proponents of Indonesian literature
bahawa pengkaji-pengkaji awal kesusasteraan Indonesia

did try to maintain
cuba mengatakan ada

such a relationship with the classics
hubungan demikian dengan sastera klasik. 

Ayat 5

For example
Misalnya,

old Malay books
buku-buku lama Bahasa Melayu

such as Sejarah Melayu, Hikayat Si Miskin and others
seperti Sejarah Melayu, Hikayat Si Miskin dan yang lain-lain,

were extensively read
dibaca dengan luasnya

as were such literary forms
seperti bentuk-bentuk kesusasteraan

as the pantun, syair and gurindam
seperti pantun, syair dan gurindam.

Ayat 6

All these
Semua ini

Were taught
diajar
to students
kepada pelajar

as part of the heritage
sebagai sebahagian daripada warisan

of Indonesian language and Literature
bahasa dan kesusasteraan Indonesia

but as it became increasingly more difficult
tetapi apabila ia menjadi bertambah sukar


to obtain books
mendapatkan buku

in and on these forms
di dalam dan mengenai bentuk-bentuk ini

serious and continous study
kajian yang serius dan berterus

could not be effected
tidak boleh dijalankan

Ayat 7

In fact
Sebenarnya

it has been said that
telah dikatakan bahawa

for over two decades
bagi selama lebih dua dekad

a whole generation of Indonesian students
seluruh generasi pelajar Indonesia

were not at all acquainted
tidak langsung dapat berkenal

with these classical Malay form
dengan bentuk-bentuk klasik Bahasa Melayu ini


Langkah 5
Gabungkan semula padanan unit bermakna tadi menjadi tujuh ayat semula.

1. Sungguhpun, boleh dikatakan bahawa bahasa Indonesia itu berasal daripada Bahasa Melayu, hal yang sama tidaklah boleh dikatakan mengenai kesusasteraan Indonesia.

2. Salah satu daripada sebabnya ialah kesusasteraan Melayu sebagai yang dikenali di Malaysia dan Singapura itu masi mengekalkan hubungan rapatnya dengan bentuk-bentuk klasik.

3. Ini bertentangan dengan kesusasteraan Indonesia semasa yang hampir tidak mempunyai hubungan langsung dengan Bahasa Melayu klasik.

4. Walau bagaimanapun ini memangnya tidak seperti itu pada awalnya, kerana memang diketahui sangat bahawa pengkaji-pengkaji awal kesusasteraan Indonesia cuba mengatakan ada perhubungan demikian dengan kesusasteraan klasik.

5. Misalnya buku-buku lama bahasa Melayu seperti Sejarah Melayu, Hikayat Si Miskin, dan yang lain-lain telah dibaca dengan luasnya samalah seperti pantun, syair dan gurindam.

6. Semua ini diajar kepada siswa sebagai sebahagian daripada warisan bahasa dan kesusasteraan Indonesia, tetapi apabila menjadi semakin sukar untuk mendapatkan buku di dalam dan mengenai bentuk-bentuk ini maka kajian yang serius dan berterusan tidak dapat dijalankan.

7. Sebenarnya, telah dikatakan bahawa bagi selama lebih daripada dua dekad seluruh generasi pelajar Indonesia tidak langsung dapat berkenalan dengan bentuk-bentuk klasik Bahasa Melayu. 

Langkah 6
Gabungkan semua ayat yang diterjemahkan tadi menjadi paragraf kembali.

Sungguhpun boleh dikatakan bahawa bahasa Indonesia itu berasal daripada bahasa Melayu, hal yang sama tidaklah dapat dikatakan mengenai kesusasteraan Indonesia.  Salah satu daripada sebabnya ialah kesusasteraan Melayu sebagai yang dikenali di Malaysia dan Singapura itu masih mengekalkan hubungan rapatnya dengan bentuk-bentuk klasik.  Ini bertentangan dengan kesusasteraan Indonesia semasa yang hampir tidak mempunyai hubungan langsung dengan bahasa Melayu klasik.  Walau bagaimanapun ini memangnya tidak seperti itu pada peringkat awalnya, kerana memang diketahui sangat bahawa pengkaji-pengkaji awal kesusasteraan Indonesia cuba mengatakan ada perhubungan demikian dengan kesusasteraan klasik.  Misalnya buku-buku lama Indonesia seperti Sejarah Melayu, Hikayat Si Miskin, dan yang lain-lain telah dibaca dengan luasnya, samalah seperti pantun, syair dan gurindam.  Semua ini diajar kepada siswa sebagai sebahagian daripada warisan bahasa dan kesusasteraan Indonesia, tetapi oleh kerana semakin sukar untuk mendapatkan buku mengenainya di dalam bentuk tersebut, maka kajian yang serius dan berterusan tidak dapat dijalankan.  Sebenarnya, telah dikatakan bahawa bagi selama dua dekad seluruh generasi pelajar Indonesia tidak langsung dapat berkenalan dengan bentuk-bentuk klasik bahasa Melayu.

Dalam langkah 6, sedikit penyuntingan telah dilakukan kepada ayat 6 dan 7 untuk memperjelaskan makna.  Sekiranya terjemahan setiap unit makna dilakukan dengan baik, tidaklah perlu lagi penyuntingan rapi.  Hasil langkah 6 adalah peringkat terakhir dan semestinya dapat difaham.

ULASAN
Bukan semua langkah mesti dibuat berperingkat-peringkat secara rapi begini.  Langkah 1 dan 2 dapat dijalankan sekali langkah 3 dan 4 boleh dijalankan serentak.  Malah bagi mereka yang sudah mahir langkah 1, 2, 3 dan 4 dapat dibuat sekali gus.  Langkah 5 dan 6 pula dapat dibuat sekali gus juga. 

[B]ahasa kita itu menunjukkan taraf sosial kita, iaitu "kebangsawanan" kita. - Prof Emeritus Abdullah Hassan

Oleh Profesor Emeritus Abdullah Hassan di Seminar Pengajaran Bahasa Melayu Ke-4 UPSI 21 Okt 2011


Saya merasa sangat dihargai apabila diberi kesempatan berucap selama 10 minit dalam sidang umum seminar ini. Saya meninggalkan pesan:

Bahawa mengajarkan Bahasa Melayu itu adalah sebuah tugas yang mulia, kita bertanggungjawab memberi kemahiran berkomunikasi kepada para siswa dan murid kita. Oleh sebab itu ajarkanlah bahasa yang sebaiknya. Ajarkan Bahasa Melayu Tinggi iaitu Bahasa Sekolah (menurut istilah Za'ba), Bahasa Persuratan iaitu bahasa orang terpelajar. Dan berhentilah daripada bertutur dalam Bahasa Melayu Rendah dalam kelas dan kuliah. Amalan menuturkan Bahasa Melayu Tinggi ini membolehkan murid dan siswa terdidik dalam menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

Kajian Basil Bernstein, sarjana sosiologi pendidikan, menunjukkan bahawa orang yang menuturkan neka Bahasa Tinngi itu, iaitu bahasa yang diasosiasikan dengan kelas berpendidikan dan kelas menengah sesuatu masyarakat, mempunyai peluang yang lebih baik bagi mencipta mobiliti sosial untuk dirinya. Ini bermaksud dia dapat berpindah daripada kelas rendah ke kelas menengah.

Di samping itu, orang yang menuturkan bahasa Tinggi itu dilihat sebagai orang terpelajar dan orang yang berkebolehan. Sebuah contoh yang jelas adalah, bayangkan Presiden Obama, semasa berkempen dahulu menggunakan bahasa Inggeris orang berkulit hitam, rasanya payah beliau meyakinkan warga Amerika mengundi beliau menjadi presdien.

Dengan demikian, berilah perhatian, dan didiklah anak-anak kita supaya:

1. Menggunakan sebutan yang betul, dan menyebut semua huruf seperti diejakan,
2. Menggunakan imbuhan dalam menerbitkan perkataan selengkapnya,
3. Menyusun perkataan dalam frasa seperti lazimnya dibuat oleh penutur bahasa Melayu yang berpendidikan,
4. Menggunakan perkataan penuh, dan pastikan tidak ada perkataan kontot atau yang sengaja dipendekkan seperti dalam pertuturan harian,
5. Membentuk ayat selengkapnya, supaya jelas terlihat subjek, predikat, dan keterangannya.
6. Menggunakanlah perkataan dengan bantuan kamus, dan
7. Menggunakan sistem sapaan dan ganti nama yang lengkap. Elakkan daripada menyapa orang dengan panggilan, adik, abang, kakak, pakcik dan makcik. Sapalah orang dengan panggilan hormat, Cik, Tuan, Puan, dan Cikpuan, atau dengan menggunakan bentuk sapaan yang sewajarnya, dan
8. Mengambil kira semua aspek budaya dalam berkomunikasi.

Apabila ini dilakukan, baharulah kita dapat menjiwai ungkapan "Bahasa Menunjukkan Bangsa." Perkataan "bangsa" dalam ungkapan ini tidak merujuk kepada bangsa etnik India, Cina, Melayu, Inggeris, atau lain-lain. Ungkapan ini wujud sebelum kaum India dan Cina datang ke dunia Melayu lagi. Ertinya adalah, bahasa kita itu menunjukkan taraf sosial kita, iaitu "kebangsawanan" kita.

Adakah kita datang daripada kelas berbangsa, atau bangsawan.




sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2516854638204&set=a.2515184516452.2140964.1158372618&type=3&theater

Wednesday, November 23, 2011

Dr Sohaimi fitnah pejuang bahasa?

Dr Sohaimi fitnah pejuang bahasa?
Date: Monday, November 21 @ 09:29:43 PST
Topic: Fokus Isu

Oleh DR AWANG SARIYAN 
Sebagai susulan daripada tulisan seorang profesor sastera Melayu, Dr. Sohaimi Abdul Aziz dalam Harakah 21-24 November 201http://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2009/02/01/NEWS_GMP01.jpg1 dan siri sebelumnya yang mendakwa bahawa gerakan pejuang bahasa seakan-akan telah lumpuh dan para pejuang bahasa dikatakan telah menjadi pengampu serta tunggangan ahli politik, maka saya ingin membuat beberapa penyataan (walaupun masa saya sewajarnya lebih afdal saya gunakan untuk hal-hal yang berkaitan dengan perjuangan daripada melayan dakwaan yang bersifat andaian dan generalisasi itu):



1. Saya yakin bahawa para pejuang bahasa tidak keberatan menerima apa-apa kritik dan cadangan untuk menggerakan perjuangan dengan lebih berkesan, jika niat penulis adalah untuk memberikan idea bernas tentang langkah dan strategi yang berkesan dalam menangani kemelut PPSMI.
Namun tampaknya keseluruhan tulisan itu menyalahkan para pejuang bahasa yang dianggapnya tidak sebijak PAGE dan JMM. Yang lebih berat ialah dakwaannya bahawa gerakan bahasa kini ditangani oleh para pengampu kerajaan dan dalam siri akhir disebutnya golongan yang menjadi tunggangan ahli politik.
Tulisan itu jelas ditujukan kepada semua pejuang bahasa, seolah-olah tiada pejuang bahasa yang ikhlas (kecuali dia seorang barangkali?) dan hal itu merupakan fitnah belaka kerana selama ini para pejuang bahasa tidak pernah berkompromi dengan dasar dan program yang salah yang dilakukan oleh kerajaan.
Dia barangkali lupa bagaimana para pejuang bahasa, sejak tahun 2002 ketika PPSMI diumumkan, telah melakukan pelbagai gerakan penentangan yang sebahagiannya menyebabkan pejuang bahasa dianggap memusuhi pihak berkuasa. Penulis barangkali lupa juga kemuncak penentangan kepada PPSMI dalam bentuk perarakan raksasa ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berkaitan dengan PPSMI dan mendapat habuan semburan air berkimia dan gas pemedih mata.
Adakah para pejuang bahasa yang sanggup mengambil risiko keselamatan diri itu pengampu pihak berkuasa dan menjadi kuda tunggangan? Dia barangkali lupa juga akan 'kecederaan' yang dialami oleh sesetengah pejuang bahasa, seperti Prof. Shaharir Mohd. Zain yang tidak disambung khidmatnya kerana tegas dalam perjuangan bahasanya (bahkan seminar penghormatan untuknya yang telah diatur pun diarahkan agar dibatalkan).

2. Mungkin penulis merujuk kepada sidang media 49 buah persatuan yang memberikan sokongan padu kepada keputusan TPM memansuhkan PPSMI,  pada 24 Oktober 2011 di DBP dan kemudian dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VIII di DBP pada 28-30 Oktober 2011 GMP telah  menyampaikan ikrar sokongan kepada keputusan pemansuhan PPSMI itu di hadapan khalayak Kongres, atas dasar mewakili 148 badan kerabat GMP dan 200 badan kerabat Kongres.
 
Jika itu yang dimaksudkannya sebagai "telah menjadi tunggangan ahli politik" dan pemerintah, maka tafsiran itu silap sama sekali. Sokongan diberikan kepada keputusan pemansuhan PPSMI dan ketika itu belum berbangkit pelan peralihan pemansuhan PPSMI (2016/2021) yang memang tidak disetujui oleh semua pejuang bahasa (wallahu a`lam jika ada yang setuju).
 
Apakah pilihan yang ada jika kita tidak menyokong satu keputusan yang memang kita perjuangkan sejak 2002? Adakah kerana keputusan itu dibuat oleh pemerintah maka kita perlu beralih haluan untuk tidak menyokongnya, sedangkan memang pemerintahlah yang bertanggungjawab kembali ke pangkal jalan?
 
Para pejuang bahasa tidak boleh diharapkan oleh penulis agar bersikap seperti sesetengah ahli politik yang menyandarkan pendirian pada kepentingan politik, iaitu tidak menyokong sesuatu meskipun baik semata-mata kerana hal itu dizahirkan oleh lawan politiknya. Sebagai profesor, penulis patut tahu menilai kebenaran yang ada kalanya bersifat merentas pihak atau golongan.

3. Apabila pengumuman pelan peralihan 'soft landing' (2016 bagi sekolah rendah dan 2021 bagi sekolah menengah) diumumkan kemudian, GMP dan badan-badan lain telah mengemukakan bantahan, tetapi menjadi nasib yang tidak baik kepada perjuangan bahasa Melayu apabila media berbahasa Melayu tidak sehebat iltizam dan komitmennya berbanding dengan media berbahasa Inggeris dalam memberikan sokongan kepada perjuangan (berbeda dengan PAGE dan JMM yang mendapat sokongan padu dan terancang oleh The Star dan NST).
 
Suara bantahan itu tidak bergema dan digemakan oleh media berbahasa Melayu. Bagaiamanpun saya mengikuti gerakan GMP dan badan-badan lain (meskipun saya hadir atas nama individu sesudah tidak memegang jawatan dalam kepemimpinan persatuan kerana bertugas di luar negara sebelumnya). Mesyuarat-mesyuarat dan sesi perbincangan tentang gerak langkah telah diadakan meskipun kehadiran wakil badan-badan kerabat tidak seperti yang diharapkan.
 
Antara keputusan yang penting termasuklah mengadakan kempen agar semua sekolah (atau sebahagian besar yang mewakili lebih 90% sekolah yang menurut TPM sendiri selama ini tidak melaksankan PPSMI) agar terus kembali ke era pra-PPSMI tanpa tertakluk kepada pelan 2016/2021. ABIM dan TERAS, khususnya, yang mempunyai cawangan di peringkat negeri telah diberi tanggungjawab mengatur gerakan itu; saya yakin bahawa langakah telah dimulakan tetapi perancangan yang berkaitan dengan soal lojistik dan penyelarasan dengan PIBG/guru besar/pengetua bukan kerja yang dapat diselesaikan dalam beberapa hari.
 
Berilah ruang kepada mereka melaksanakan amanah itu, dan sebaik-baiknya penulis serta semua yang mengaku sayang kepada bahasa Melayu mesti ikut serta, bukan meneropong dari jauh dengan menggunakan teropong yang rosak pula.

4. Saya hanya berharap bahawa pada saat tenaga semua pejuang bahasa perlu digemblengkan secara bersepadu, perhatian kita semua mesti ditumpukan kepada usaha memansuhkan PPSMI (dan juga masalah lain yang menggugat martabat bahasa Melayu sebagai tunjang tamadun negara), bukan memecahbelahkan tenaga-tenaga itu melalui tindakan membuat dakwaan palsu dan fitnah kepada para pejuang bahasa, oleh orang yang telah diberi taraf ulung sebagai profesor dalam bidang pengajian Melayu.
 
Perbedaan pendapat tentang strategi tidak menjadi isu dan masalah, asal saja idea disuguhkan dengan jelas, bukan sekadar melemparkan dakwaan kosong tanpa cadangan yang konkrit; apatah lagi penulis sendiri (jika itulah orangnya yang terserempak dengan saya pada hari Sabtu 19 Nov. lalu) tidak mahu ikut serta dalam gerakan melalui jawabannya kepada pertanyaan saya, "Mengapa sdr. tidak hadir dalam mesyuarat GMP pada 18 Nov. sedangkan maklumat telah dihantar oleh urus setia GMP?" Jawabnya, "Hal-hal perjuangan saya serahkan kepada pihak-pihak lain."
 
 Apakah erti jawaban itu jika tidak menunjukkan bahawa dia bersikap lepas tangan dan tidak mahu ikut bertanggungjawab dalam perancangan dan gerakan memansuhkan PPSMI, meskipun barangkali dia memang tidak setuju akan PPSMI. Yang kita perlukan ialah penyertaan, bukan sekadar perjuangan di mulut.
 
Rupa-rupanya Pengerusi GMP, Prof. Shaharir Md. Zain telah menghubungi penulis dan meminta penyertaannya dalam gerakan perjuangan bahasa di peringkat akar umbi (masyarakat), namun mendapat jawaban yang negatif dengan alasan bahawa ia bukan anggota GMP. Ingin saya bertanya siapakah yang mendaftarkan diri dalam GMP kerana Gerakan Memansuhkan PPSMI ialah gerakan paduan semua individu dan persatuan yang mendukung perjuangan bahasa Melayu, tanpa ada pengisytiharan sebagai anggota berdaftar! Saya sendiri tidak pernah berdaftar sebagai anggota GMP tetapi atas semangat untuk bersatu di bawah payung gerakan itu, maka tidak pernah pula saya dihalang menghadiri mesyuarat, pertemuan atau kegiatan GMP.

Mudah-mudahan cetusan di atas dapat menjadi renungan supaya masa, fikiran dan gerakan kita tidak terganggu oleh adanya 'pejuang' yang lari daripada isu perjuangan tetapi sekadar berusaha memenuhi nafsunya untuk mengkritik tanpa cadangan balas yang konkrit dan tanpa penyertaan dirinya sendiri dalam gerakan perjuangan. Wallahu a`lam.
http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=17897
sumber: 

Terkandasnya pejuang bahasa Melayu??????

Terkandasnya pejuang bahasa Melayu
Posted on Tuesday, November 22 @ 04:54:47 PST by paktam

Open Artikel
Oleh DR SOHAIMI ABDUL AZIZ
ANGIN kesungguhan TPM memartabatkan bahasa Melayu juga menyapa Kementerian Pengajian Tinggi yang mengumumkan bahawa penhttp://shamsuliskandar.files.wordpress.com/2011/10/boikot_ppsmi5b15d.jpg?w=300syarah yang ingin dinaikkan pangkatnya perlu menulis dalam BM. Syarat ini dilihat seperti satu usaha untuk mengembalikan martabat BM di pusat-pusat pengajian tinggi di mana kursuskursus sains dan teknologi diajar dalam bahasa Inggeris.



Tegasnya, acara-acara bahasa ini semacam satu gerakan baru yang ingin mendaulatkan BM yang sebenarnya telah membina satu zon selesa yang kuat tarikannya kepada pejuangpejuang bahasa yang mula lalai.
Pejuang bahasa Melayu terpukau dengan janji-janji manis yang menyedapkan telinga dan membutakan fikiran mereka melalui peristiwa-peristiwa ini.
Golongan pro-PPSMI seperti PAGE yang melihat PPSMI sedang terancam mengorak langkah dengan lebih berani lagi. NGO ini membuat beberapa strategi seperti mengantar memorandum kepada PM supaya PPSMI diteruskan. Bukan itu sahaja, mereka membuat ugutan bahawa mereka akan berkempen agar rakyat tidak mengundi pemerintah yang ada.
Selain menghantar memorandum kepada PM, PAGE juga menggunakan akhbar iaitu akhbar The Star (yang memang pro-PPSMI) untuk memperluaskan  pengaruhnya agar dilihat mewakili suara terbanyak dalam masyarakat. Star digunakan untuk menggambarkan PPSMI itu sangat penting diteruskan demi membangunkan Malaysia dengan sains dan teknologi.
PPSMI perlu diteruskan bagi menjadikan Malaysia berdaya saing di dalam konteks capital manusianya. Persepsi ini terus dipupuk dan diperkasakan.
Selain itu, persepsi masyarakat dibina untuk menggambarkan bahasa rakyat Malaysia sangat lemah dalam penguasaan BI. Para graduan tidak dapat bekerja disektor swasta kerana masalah BI.
Bagi kumpulan ini, usaha TPM untuk memansuhkan PPSMI digambarkan sebagai usaha ke belakang alam memajukan rakyat Malaysia dengan BI. Adakah akhbar-akhbar berbahasa Melayu berusaha membina persepsi positif masyarakat tentang perlunya PPSMI dihapuskan?
Selain eksploitasi terhadap Star secara terancang, PAGE juga menggunakan media sosial untuk mengambarkan betapa PPSMI diperlukan. Usahausaha PAGE dan NGO yang lain membuahkan gelombang berkesan untuk membina persepsi yang positif tentang PPSMI dan negatif tentang usaha menghapuskan PPSMI.
Kelalaian ini digunakan NGO seperti PAGE. Pejuang bahasa Melayu tewas dan diketawakan.
Pejuang BM terus lena dan terpukau dengan lagu-lagu yang didendangkan TPM. Mereka yakin keputusan TPM untuk memansuhkan PPSMI dengan segera akan menjadi realiti.
Zon selesa yang menjadi zon penyakit pejuang BM menghakis kekuatan semangat mereka dan hal ini melumpuhkan impian dan harapan mereka untuk melihat BM di tempat sewajarnya.
Kini, ada pejuang BM terus dibuai mimpi untuk mengharap BM akan terbilang selepas 2021. Sebenarnya pejuang BM ini kelemasan dalam dakapan orang politik yang belum tentu dapat menunaikan janji mereka.
Jika pejuang BM itu tidak mahu sedar bahawa BM yang mereka perjuangkan itu telah dikubur maka entah apa yang boleh dibuat.
Tidak keterlaluan jika dikatakan pejuang BM yang tulen dan bijaksana sebenarnya sukar dicari. Apa yang hendak dikatakan lagi. Berdasarkan senario sekarang, BM sudah tidak begitu bermakna dan mungkin akan menjadi bahasa kelas kedua untuk orang kelas kedua juga. Jika kita melihat reaksi pembaca kepada berita PPSMI di internet, betapa hinanya BM pada pandangan mereka. Bagi mereka BM ini layak hanya digunakan oleh orang yang bekerja di kebun atau yang berada di kampung.
Oleh itu, jangan bermimpi BM akan terjamin kedaulatannya pada 2021 jika ada pejuang bahasa yang masih percaya kepada pemimpin politik yang bercakap tentang BM dan memperjuangkannya. Ramai pula pejuang BM hanya bersemangat apabila ada pemimpin politik memayungi mereka sedangkan mereka juga tahu janji pemimpin politik tidak boleh selalu dipegang.
Pejuang BM perlu bertindak sebagai badan pendesak yang berani dan mempunyai strategi bijak untuk menyaingi PAGE dan NGO lain. Pejuang BM perlu pandai bermain politik dan bukan menjadi alat tunggangan orang politik. Pemimpin politik Melayu yang jujur juga harus menggunakan NGO pendesak ini untuk memperkuatkan tuntutan mereka. Malangnya kebanyakan pemimpin politik Melayu memang tidak jujur terhadap BM, maka bagi mereka tidak perlu NGO pendesak ini untuk membantu mereka.
Pejuang BM mesti membentuk satu strategi baru yang lebih berkesan. Mereka perlu berani dan membuat perancangan bijak untuk membentuk satu kesedaran massa yang kental tentang memartabatkan BM.
Pemerintah perlu disedarkan tentang keperluan kepada BM bukan setakat nilai ekonominya tetapi lebih daripada itu. BM sebagai alat perpaduan, jati diri dan identiti.
Persepsi masyarakat terhadap kekuatan dan keperluan kepada BM perlu dibentuk dan pembentukan ini berpanjangan dan bukan bersifat bermusim.
Kelestarian persepsi ini amat diperlukan. Pejuang BM perlu berani, bijaksana, pandai membaca politik, dihormati, jujur, tegas dan punya daya juang yang kental. Program-program yang dibuat perlu digemblengkan dengan gerakan massa dan bukan syok sendiri.
Gunakan dan pelbagaikan pendekatan dan media. Pejuang BM perlu bangkit dan berada di mana-mana, dari pelbagai latar belakang. Kebangkitan massa tidak boleh dilengahkan lagi kerana harapan untuk memartabatkan BM telah semakin hilang dan tidak mungkin bercahaya lagi.
PAGE yang bergembira dengan kejayaan kecil ini pasti akan membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk memperjuangkan PPSMI dan penghapusan PPSMI akan diterbalikkan. Segala ruang dieksploit sama ada dengan kuasa politik ataupun media. Mereka mempunyai pemimpin yang komited tetapi sesetengah pejuang BM mudah terpesona dengan janji sang pemimpin politik Melayu yang mengutamakan survival politik daripada keberadaan bahasanya.
Tahun 2021 masih jauh dan berliku. Pelbagai perkara akan berlaku. Pengisian untuk memperkasakan BM perlu dirancang dengan teliti dan bersepadu. Kejujuran kepada BM itu sangat perlu. Apa yang berlaku, BM telah dibongsaikan dan dihina pemimpin Melayu yang mempunyai agenda politik yang lebih besar berbanding dengan bahasanya. Jika pejuang BM tidak mahu berubah, mereka bolehlah mengatur langkah untuk mentalkinkan BM yang sudah dibawa ke kubur

Monday, November 21, 2011

Benarkah Pejuang Bahasa Melayu telah Terkandas dan Menjadi Kuda Tunggangan Ahli Politik?






Ulasan kepada tulisan Sohaimi Abdul Aziz dalam Harakah 21-24 November 2011 (dan siri sebelumnya)

Assalamu`alaikum,

Sebagai susulan daripada tulisan seorang profesor sastera Melayu, Dr. Sohaimi Abdul Aziz dalam Harakah 21-24 November 2011 dan siri sebelumnya yang mendakwa bahawa gerakan pejuang bahasa telah terkandas (gagal)dan para pejuang bahasa dikatakan telah menjadi pengampu serta tunggangan ahli politik, maka saya ingin membuat beberapa penyataan (walaupun masa saya sewajarnya lebih afdal saya gunakan untuk hal-hal yang berkaitan dengan perjuangan daripada melayan dakwaan yang bersifat andaian dan generalisasi itu):

1. Saya yakin bahawa para pejuang bahasa tidak keberatan menerima apa-apa kritik dan cadangan untuk menggerakan perjuangan dengan lebih berkesan, jika niat penulis adalah untuk memberikan idea bernas tentang langkah dan strategi yang berkesan dalam menangani kemelut PPSMI. Namun tampaknya keseluruhan tulisan itu menyalahkan para pejuang bahasa yang dianggapnya tidak sebijak PAGE dan JMM. Yang lebih berat ialah dakwaannya bahawa gerakan bahasa kini ditangani oleh para pengampu kerajaan dan dalam siri akhir disebutnya golongan yang menjadi tunggangan ahli politik. Tulisan itu jelas ditujukan kepada semua pejuang bahasa, seolah-olah tiada pejuang bahasa yang ikhlas (kecuali dia seorang barangkali?) dan hal itu merupakan fitnah belaka kerana selama ini para pejuang bahasa tidak pernah berkompromi dengan dasar dan program yang salah yang dilakukan oleh kerajaan.

Dia barangkali lupa bagaimana para pejuang bahasa, sejak tahun 2002 ketika PPSMI diumumkan, telah melakukan pelbagai gerakan penentangan yang sebahagiannya menyebabkan pejuang bahasa dianggap memusuhi pihak berkuasa. Penulis barangkali lupa juga akan kemuncak penentangan kepada PPSMI dalam bentuk perarakan raksasa ke Istana Negara pada 7 Mac 2009 untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berkaitan dengan PPSMI, dengan mendapat habuan semburan air berkimia dan gas pemedih mata. Adakah para pejuang bahasa yang sanggup mengambil risiko keselamatan diri itu pengampu pihak berkuasa dan menjadi kuda tunggangan? Dia barangkali lupa juga akan 'kecederaan' yang dialami oleh sesetengah pejuang bahasa, seperti Prof. Shaharir Mohd. Zain yang tidak disambung khidmatnya kerana tegas dalam perjuangan bahasanya (bahkan seminar penghormatan untuknya yang telah diatur pun diarahkan agar dibatalkan). Banyak kisah lain yang tidak perlu dinukilkan di sini tentang 'kecederan' yang dialami oleh para pejuang bahasa.

2. Mungkin penulis merujuk kepada sidang media 49 buah persatuan yang memberikan sokongan padu kepada keputusan TPM memansuhkan PPSMI, pada 24 Oktober 2011 di DBP dan kemudian dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VIII di DBP pada 28-30 Oktober 2011 GMP telah menyampaikan ikrar sokongan kepada keputusan pemansuhan PPSMI itu di hadapan khalayak Kongres, atas dasar mewakili 148 badan kerabat GMP dan 200 badan kerabat Kongres. Jika itu yang dimaksudkannya sebagai "telah menjadi tunggangan ahli politik" dan pemerintah, maka tafsiran itu silap sama sekali. Sokongan diberikan kepada keputusan pemansuhan PPSMI dan ketika itu belum berbangkit pelan peralihan pemansuhan PPSMI (2016/2021) yang memang tidak disetujui oleh semua pejuang bahasa (wallahu a`lam jika ada yang setuju).

Apakah pilihan yang ada jika kita tidak menyokong satu keputusan yang memang kita perjuangkan sejak 2002? Adakah kerana keputusan itu dibuat oleh pemerintah maka kita perlu beralih haluan untuk tidak menyokongnya, sedangkan memang pemerintahlah yang bertanggungjawab kembali ke pangkal jalan? Para pejuang bahasa tidak boleh diharapkan oleh penulis agar bersikap seperti sesetengah ahli politik yang menyandarkan pendirian pada kepentingan politik, iaitu tidak menyokong sesuatu meskipun baik semata-mata kerana hal itu dizahirkan oleh lawan politiknya. Sebagai profesor, penulis patut tahu menilai kebenaran yang ada kalanya bersifat merentas pihak atau golongan.

3. Apabila pengumuman pelan peralihan 'soft landing' (2016 bagi sekolah rendah dan 2021 bagi sekolah menengah) diumumkan kemudian, GMP dan badan-badan lain telah mengemukakan bantahan, tetapi menjadi nasib yang tidak baik kepada perjuangan bahasa Melayu apabila media berbahasa Melayu tidak sehebat iltizam dan komitmennya berbanding dengan media berbahasa Inggeris dalam memberikan sokongan kepada perjuangan (berbeda dengan PAGE dan JMM yang mendapat sokongan padu dan terancang oleh The Star dan NST). Suara bantahan itu tidak bergema dan digemakan oleh media berbahasa Melayu. Bagaiamanpun saya mengikuti gerakan GMP dan badan-badan lain (meskipun saya hadir atas nama individu sesudah tidak memegang jawatan dalam kepemimpinan persatuan kerana bertugas di luar negara sebelumnya). Mesyuarat-mesyuarat dan sesi perbincangan tentang gerak langkah telah diadakan meskipun kehadiran wakil badan-badan kerabat tidak seperti yang diharapkan.

Antara keputusan yang penting termasuklah mengadakan kempen agar semua sekolah (atau sebahagian besar yang mewakili lebih 90% sekolah yang menurut TPM sendiri selama ini tidak melaksankan PPSMI) agar terus kembali ke era pra-PPSMI tanpa tertakluk kepada pelan 2016/2021. ABIM dan TERAS, khususnya, yang mempunyai cawangan di peringkat negeri telah diberi tanggungjawab mengatur gerakan itu; saya yakin bahawa langakah telah dimulakan tetapi perancangan yang berkaitan dengan soal lojistik dan penyelarasan dengan PIBG/guru besar/pengetua bukan kerja yang dapat diselesaikan dalam beberapa hari. Berilah ruang kepada mereka melaksanakan amanah itu, dan sebaik-baiknya penulis serta semua yang mengaku sayang kepada bahasa Melayu mesti ikut serta, bukan meneropong dari jauh dengan menggunakan teropong yang rosak pula.

4. Saya hanya berharap bahawa pada saat tenaga semua pejuang bahasa perlu digemblengkan secara bersepadu, perhatian kita semua mesti ditumpukan kepada usaha memansuhkan PPSMI (dan juga masalah lain yang menggugat martabat bahasa Melayu sebagai tunjang tamadun negara), bukan memecahbelahkan tenaga-tenaga itu melalui tindakan membuat dakwaan palsu dan fitnah kepada para pejuang bahasa, oleh orang yang telah diberi taraf ulung sebagai profesor dalam bidang pengajian Melayu. Perbedaan pendapat tentang strategi tidak menjadi isu dan masalah, asal saja idea disuguhkan dengan jelas, bukan sekadar melemparkan dakwaan kosong tanpa cadangan yang konkrit; apatah lagi penulis sendiri (jika itulah orangnya yang terserempak dengan saya pada hari Sabtu 19 Nov. lalu) tidak mahu ikut serta dalam gerakan melalui jawabannya kepada pertanyaan saya, "Mengapa sdr. tidak hadir dalam mesyuarat GMP pada 18 Nov. sedangkan maklumat telah dihantar oleh urus setia GMP?" Jawabnya, "Hal-hal perjuangan saya serahkan kepada pihak-pihak lain."

Apakah erti jawaban itu jika tidak menunjukkan bahawa dia bersikap lepas tangan dan tidak mahu ikut bertanggungjawab dalam perancangan dan gerakan memansuhkan PPSMI, meskipun barangkali dia memang tidak setuju akan PPSMI. Yang kita perlukan ialah penyertaan, bukan sekadar perjuangan di mulut. Rupa-rupanya Pengerusi GMP, Prof. Shaharir Md. Zain telah menghubungi penulis dan meminta penyertaannya dalam gerakan perjuangan bahasa di peringkat akar umbi (masyarakat), namun mendapat jawaban yang negatif dengan alasan bahawa ia bukan anggota GMP. Ingin saya bertanya siapakah yang mendaftarkan diri dalam GMP kerana Gerakan Memansuhkan PPSMI ialah gerakan paduan semua individu dan persatuan yang mendukung perjuangan bahasa Melayu, tanpa ada pengisytiharan sebagai anggota berdaftar! Saya sendiri tidak pernah berdaftar sebagai anggota GMP tetapi atas semangat untuk bersatu di bawah payung gerakan itu, maka tidak pernah pula saya dihalang menghadiri mesyuarat, pertemuan atau kegiatan GMP.

Mudah-mudahan cetusan di atas dapat menjadi renungan supaya masa, fikiran dan gerakan kita tidak terganggu oleh adanya 'pejuang' yang lari daripada isu perjuangan tetapi sekadar berusaha memenuhi nafsunya untuk mengkritik tanpa cadangan balas yang konkrit dan tanpa penyertaan dirinya sendiri dalam gerakan perjuangan. Para pejuang bahasa yakin bahawa mereka belum terkandas walaupun terpaksa melalui jalan beronak untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa tunjang tamadun negara. Ada perjuangan yang segera menghasilkan kejayaan dan ada perjuangan yang hasilnya lambat dicapai. Jika kejayaan tidak dapat diraih, setidak-tidaknya para pejuang bahasa telah menunaikan amanah dan tanggungjawab dan perjuangan perlu diteruskan tanpa rasa kecewa dan pasrah untuk terkandas. Demikianlah yang tersurat dalam sejarah perjuangan pelbagai pihak dalam pelbagai zaman. Yang cepat berasa tewas dan terkandas tidak perlu berasa bersalah untuk tidak ikut berjuang. Wallahu a`lam.

~Kembara Bahasa (Awang Sariyan)~
21 November 2011