Friday, April 20, 2012

Seminar Kebangsaan Pemantapan Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan Bahasa Melayu 2012

Siti Noraini Jupri, daripada Persatuan Pendidik Bahasa Melayu mengumumkan:

Seminar Kebangsaan Pemantapan Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan Bahasa Melayu 2012

Tarikh: 15 hingga 19 September 2012 (Sabtu hingga Rabu)
Tempat : Dewan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Sarawak.
Anjuran: Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dan Persatuan Pendidik Bahasa Melayu, Malaysia

Dijangka ada 3 aktiviti iaitu:

1. Ceramah: Penggunaan Bahasa Melayu Tinggi, Kaedah Pembelajaran Berkesan Bahasa Melayu, Motivasi Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu, Amalan Terbaik Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa dan Penggunaan Teknologi Semasa Dalam Pengajaran dan pembelajaran Bahasa.

2. Diskusi Bahasa: Amalan dan Kesantunan Bahasa Melayu Tinggi.

3. Bengkel dan Persembahan: Strategi Memantapkan Penggunaan Bahasa Melayu Tinggi di Sekolah, Pembelajaran Kuantum, Pembelajaran Kontekstual, Persembahan dekon, Pembelajaran Berasaskan Masalah, Teater dan Alunan Muzik Tradisional Melayu.

sumber: Open Group: Bahasa Melayu Tinggi https://www.facebook.com/groups/332492653471388/
 ·  ·  · 

No comments:

Post a Comment