2) Kenal pasti ungkapan yang melalui pemindahan makna. Nyatakan dan jelaskan faktor sosio-semantik yang menyebabkan pemindahan makna ini.
3) Kenal pasti bahagian yang melibatkan perubahan topik atau subtopik perbualan. Dan tentukan topik atau subtopik tersebut. Jelaskan mengapa perubahan topik atau subtopik wujud dalam perbincangan di bawah.
DATA
Dalam karya sastera, sering kali kata khutbah dilambangkan sebagai
sesuatu yang tidak ingin didengar, seperti, 'cukuplah kau berkhutbah dengan
aku, aku dah mengerti semua itu' , atau, 'janganlah kau berkhutbah depan aku,
kau pun bukannya baik sangat'. Jarang pula dilihat ayat sebegini , 'aku suka
mendengar kau berkhutbah'.
Unlike · · Unfollow
Post · 10 hours ago near Kuala Lumpor,
Wilayah Persekutuan
·
Nizam Abdul Jalil Bukan macam tu Pn Olia, maksudnya kalau dalam karya sastera, orang
yang memberi nasihat dan sebagainya ke arah kebaikan, dianggap
seperti berkhutbah dan ramai yang seolah-olah tak suka, itu maksud saya tetapi
hampir samalah dengan pertanyaan, Pn NurQasehku Olia, tu
Yatim Ahmad pernyataan ini menunjukkkan penulis kurang yakin terhadap
hujah atau alasan atau falsafah yang dituangkannya pada dialog watak yang
panjang itu (mestilah pnjang sb 'khutbah'). Ia menyerupai pernyataan maaf
penulis kepada pembaca yang mungkin jemu membaca dialog watak berkanaan isu
yang dia (penulis) sendiri kurang yakin akan keberkesanannya minat pembaca
Nizam Abdul Jalil Ya sdra Yatim Ahmad, biasanya penulis
melalui wataknya akan menyampaikan pesanan yang agak panjang, lalu timbullah
dialog, ujarannya berbentuk khutbah.
Nizam Abdul Jalil Atau memang kalangan masyarakat kita
kurang senang dengan gaya khutbah di mimbar masjid kita dan para penulis
menjadi pemerhati yang tajam dapat menangkap permasalahan ini, kerana saya pun
mengaku , ada kedapatan gaya khutbah yang sangat mendatar sifatnya, saya tidak
pertikaikan kewajipan khutbah , saya melihat aspek gaya penyampaiannya.
NurQasehku Olia Bila dialog terlalu panjang, pasti akan
melelahkan.Timbul kebosanan pada watak yg mendengar pesanan yang panjang
berjela,maka disamakan dengan gaya khutbah di masjid mahupun majlis ilmu yang
sesetengah orang mengantuk mendengarnya..
Nizam Abdul Jalil Itulah maksud saya Pn Olia, seelok-eloknya jangan dibandingkan dengan
khutbah ya, kerana khutbah itu wajib didengar sepatutnya, kena banding dengan
perkara lain rasanya, tapi tak taulah, kalau nak banding dengan berkonsert,
mungkin tak tepat ,,hehehe kerana ramai yang terkinja-kinja kalau menonton
konsert.
Nizam Abdul Jalil Sama-sama tuan, karya sastera itu memang
hasil buah fikir tajam para penulisnya, tentulah ada faktor tertentu timbulnya
ayat sedemikian, sehingga menjadi ' stereotype' khutbah=tak suka didengar.
Cikgu Mohamad Musip Saya fikir, kata "khutbah"
dalam konteks di atas telah diperluas medan maknanya kepada penyampaian
kata-kata nasihat yang bertele-tele kepada seseorang atau sekumpulan orang.
Khutbah dalam pengertian asalnya sudah diketahui umum, iaitu kata-kata nasihat
yang disampaikan sebagai garis pandu ke arah kesejahteraan hidup untuk menuju
ke alam yang abadi. Dalam bahasa percakapan, memang sukar dikawal kebebasan
penutur untuk memperluas medan makna kerana hal itu bersangkutan dengan
kreativiti dan skemata seseorang, berdasarkan pembacaan dan pengalaman hidup
masing-masing.
Cikgu Mohamad Musip Ya, khalwat juga sama keadaannya,
daripada kosa kata untuk merujuk kepada perbuatan bersunyi-sunyi atau
memencilkan diri untuk menenangkan fikiran, lantas cenderung dikonotasikan
kepada perbuatan duduk berpasangan bukan mahram. Dalam kamus, memang
"khalwat" jelas ada dua lapis makna yang berbeza. Saya fikir tidak
salah jika perkataan "khalwat" terus digunakan untuk maksud yang
kedua itu kerana apa-apa pun perkataan, yang penting konteksnya betul.
Cikgu Mohamad Musip Kata satu sumber, terdapat tujuh ribu
(maafkan saya jika saya tersilap petik) kata serapan daripada bahasa Arab dalam
bahasa kita. Jumlah ini terus bertambah dengan meluasnya penemuan ilmu baharu
dalam bahasa sumber itu.
Yatim Ahmad tidak mengapa khutbah (disini pada maksud Cikgu Mohamad
Musip), tapi yang perlu ditekankan ialah gaya bahasa, ertinya
kemahiran yang tidak terbatas kreatifnya untuk menuangkan ideanya walaupun ia
nasihat yang berjela-jela/bertele-tele, diselang seli perbandingan yang
merangsang pembaca ikut mengambarkan sesuatu tingkah laku atau memek yang
dibacanya, barangkali
Nizam Abdul Jalil Soal pengolahan bahasa itu yang utama ya
sdraYatim Ahmad, maka penguasaan kosa
kata dan tatabahasa harus jadi sandaran utama.
Nur
Aeis Gaya khutbah atau retorik Khutbah ialah bentuk bahasa yang
digunakan untuk memberi nasihat, pedoman, tunjuk ajar kepada orang yang membaca
atau mendengarnya.Bersifat mengajak.
Contoh: Sunat taubat ialah mensucikan diri daripada dosa dengan memberhentikan daripada kerja-kerja yang berdosa,meminta ampun di atas dosa yang telah kita lakukan terhadap Allah. Di samping itu kita hendaklah berazam tidak melakukan dosa-dosa pada masa yang akan datang. *[Gaya bahasa jelas membosankan, namun begitulah gambaran ciri retorik khutbah]
Contoh: Sunat taubat ialah mensucikan diri daripada dosa dengan memberhentikan daripada kerja-kerja yang berdosa,meminta ampun di atas dosa yang telah kita lakukan terhadap Allah. Di samping itu kita hendaklah berazam tidak melakukan dosa-dosa pada masa yang akan datang. *[Gaya bahasa jelas membosankan, namun begitulah gambaran ciri retorik khutbah]
Nur
Aeis kerana gaya bahasa yang demikian (panjang dan
berulang-ulang) memang tidak digemari golongan tertentu (terutama remaja).
Ungkapan "tunjuk alim" dalam percakapan biasanya
bermaksud bahawa orang yang mendengar percakapan itu tidak selesa atau tidak
senang apabila si penutur menampilkan kebijaksanaannya, walhal jika dilihat
dari sudut pemikiran yang mengutamakan...See More
Nizam Abdul Jalil Dalam keadaan tertentu saya melihat ,
kita boleh mengawal perkembangan dan pertumbuhan kosa kata kita dengan baik dan
tepat, seharusnya kita menyekat atau menghalang sesebuah kosa kata yang
berkonotasi baik terus disimpangkan maknanya.
Yatim Ahmad berapa ramai antara penulis yang lazim menggunakan khutabh
dalam karya mereka memahami unsur psikologi untuk memastikan gaya bahasa itu
berhasil? Ini memastiksn soalan Nur Aeis dijawab.
memandangkan generasi pembaca kita pada masakan datang adalah generasi muda
yang banyak terlepas pada gaya penyampian masa kini yang masih terikat dgn
sistem dan bentuk penceritaan lamanya
Cikgu Mohamad Musip Cikgu Nizam: Betul, itulah peranan kita, para pendidik
dengan asasnya dibina di rumah oleh ibu bapa dan keluarga (itupun jika mereka
ada kesedaran, kemahuan, dan kemampuan). Atas prinsip inilah, perkataan
"bodoh" dilarang penggunaannya dalam konteks memberi peneguhan atau
dendaan mental kepada pelajar, apatah lagi digunakan dengan bebasnya dalam
perbualan sesama pelajar/remaja.
Cikgu Mohamad Musip Bagi saya, penulis yang ada kesedaran
kendiri yang kuat tetap akan menggunakan gaya khutbah dalam penulisan, cuma
gaya ini disisipi dialog, monolog, dan sebagainya untuk melicinkan arus
penceritaan. Seluruh teks karya ialah "khutbah penulis", dalam
pengertian yang luas dan longgar. Betulkah tanggapan ini?
Nur
Aeis Bagi saya retorik khutbah masih releven tetapi perlu
dikreatifkan dan dipelbagaikan seperti pendapat Cikgu Mohamad
Musip.
Nizam Abdul Jalil Seboleh-bolehnya kita mengekalkan
pengertian murni sesebuah kosa kata tuan.Hasil satera memang cerminan buah
fikir para penulisnya, dari sesebuah karya kita dapat menilai prinsip dan
pemikiranya dan persoalan sdra Yatim Ahmad, juga sangat wajar
difikirkan, untuk merakyatkan sastera sebagai wadah rohani.
Yatim Ahmad Cikgu Nizam, boleh tak cari
penulis yang membenarkan karyanya dibedah atau dikupas di sini supaya kita
boleh 'meletakkan' hujah2 di atas pada bahagian yang dumaksudkan
Nur
Aeis Persoalannya, adakah penolakan (tanggapan nagetif)
terhadap perkataan khutbah berdasarkan unsur nasihat atau gaya bahasanya?
Yahya Isa Kita tidak boleh terlepas dari teknik berkhutbah dalam
penulisan. Olahan kreativiti gaya penulisan mampu mengajak generasi terdahulu
mahupun sekarang untuk berfikir dan besabar kalau dilihat dari sudut
positifnya. Indahnya Bahasa Melayu kerana adanya pelbagai pendekatan dalam
menyampaikan maklumat. Disiplin penulisan itu sendiri kita perlu kekalnya.
Cikgu Mohamad Musip Karya mana-mana pun boleh kita petik
selagi kita menyatakan sumbernya. Bukankah karya diketengahkan untuk khalayak,
apatah lagi jika dibedah, seperti mendapat iklan percuma kepada penulis?
Nizam Abdul Jalil Dalam masa sesingkat ini tidak dapatlah
sdraYatim Ahmad, namun kalau kita
amati, sering saja ungkapan begitu dalam cerita di televisyen atau radio.
Nizam Abdul Jalil Ya cikgu Nur, saya fikir lebih kepada gaya,, sebab itu saya takut kosa kata
itu diselewengkan maksudnya menjadi pertikaian kepada khutbah sebagai satu
amalan sebelum dan selepas solat.
Cikgu Mohamad Musip Saya ada beberapa contoh kertas bicara
karya, tetapi tidak sesuai untuk saya ketengahkan di medan bicara yang bersifat
persinggahan minda ini. Hehe
Nizam Abdul Jalil Ada dua persoalan di sini, pertama
persoalan yang saya kemukakan di atas dan kedua persoalan gaya kerkhutbah dalam
penulisan sastera, soal yang kedua ini tidak menjadi masalah besar, kerana itu
jelas memanfaatkan sumber yang baik untuk mendapatkan hasil yang jernih.
Nur
Aeis Cikgu Nizam Abdul Jalil, nampaknya ada yang melihat persoalan kedua
sebagai yang pertama...
Cikgu Mohamad Musip Benar, persepsi kita terhadap wacana
khutbah harus betul dan murni selama-lamanya. Jadi, penulis angkatan baharu perlu
peka akan persepsi ini. Kita perlu selarikan wacana khutbah dalam konteks agama
dengan wacana khutbah dalam kehidupan luar masjid. Bukankah itu wajar?
Nizam Abdul Jalil Saya fikir , Tuan
Munysi telah merumuskan
persoalan yang saya kemukakan, Cikgu Nur Aeis, saya juga bimbang,
campur aduk persoalan ini,,sebab itu saya gariskan semula.
Cikgu Mohamad Musip Jentik apa, geletek di mana...itu perlu
jelas kerana dalam konteks tertentu, yang tidak suka bertukar haluan menjadi
suka. Hehe
Yahya Isa Bila dijentik dan geletek terkena pada sasaran; mata kuyu
jadi terang, minda layu akan terangsang.
Cikgu Mohamad
Musip Jika hinggap mengejut, cedera. Jika hinggap perlahan,
bagaimana?
Cikgu Mohamad Musip Tuan Yahya: Jika ada hadiah, malam ini juga mahu saya kirimkan. Ini
hiperbola nampaknya.
Yahya Isa Maka kalau kita
tak boleh mengetuk keras, perlahankan ketukan hati agar bertambah rasa cinta
pada sastera.
Cikgu Mohamad Musip Sastera ialah ulam-ulaman kehidupan,
amat diperlukan untuk menceriakan selera ketika menikmati juadah...
Nur
Aeis khutbah gaya tersendiri, untuk menginsafi diri, agar sedar
diri, bahawa ada yang memerhati, dan meneliti...agak panjanglah juga khutbahnya
Cikgu...
Cikgu Mohamad Musip Kita semua sebenarnya sedang berforum
sastera pada awal pagi, bersiaran awal pagi dengan dipengerusikan oleh Cikgu NAJ. Panel tunggal wanita ialah Cikgu Nur Aeis. Sebentar lagi, kembali ke Seri Pentas...Hehe
Cikgu Nizam Abdul Jalil....persoalan yang cikgu cetuskan sangat
menarik dan perbincangan di atas juga menarik untuk dikongsikan.Saya tak dapat
hendak mengupas panjang kerana sudah larut malam.Hanya kalau ada yang sudi nak
membedah cerpen sa...See More
Nur
Aeis Pintu hati seni Tuan Yahya Isa telah diketuk,
halus dan indah bahasanya, disulami ulam segar sesegar embun pagi bicaraCikgu Mohamad
Musip...
Cikgu Mohamad Musip Puan Sharifah Umamah Al-Edrus dialu-alukan untuk mengirimkan karya
kepada peti pesanan panel pembicara. Sekadar bicara ringan tanpa wacana ilmiah,
rasanya mudah dilakukan oleh panel tanpa lantikan ini. Hehe..Apa kata Cikgu Nizam?
saya tidak menolak sebarang unsur pada novel/cerpen, terima juga
unsur khutbah atau apa sahaja. Tetapi, untuk meninggikan aspek kebahasaan itu, kita
kena mempelbagaikan kaedahnya, termasuk memahami pengayaan bebas yang sesuai
dan mudah dice...See More
Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa Kesalahan diksi
atau pilihan kata - khutbah diberi konotasi negatif sebagai kesan sekularisasi
barat. Ada kata lain yang sesuai untuk situasi seseorang tidak suka dileteri.
Odi Yusoff wah, dah boleh guna contoh ini untuk topik pemindahan
makna - peluasan dan penyempitan. terima kasih kepada sahabat2 fb untuk paparan
ini n terima kasih, tn Nizam Abdul Jalil, berikan idea^______^
Odi Yusoff lupa, saya ingin memohon izin dari sahabat2 di
ruang ini untuk menyalin-lekat perbincangan ini di blog saya yang akan
digunakan dalam kuliah semantik pada hari khamis ini.... mohon sangat2
dibenarkan....terima kasih tidak terhingga saya dulukan... dari Odi Yusoff
Gazali Suhaili Boleh sahaja. Jangan lupa war-warkan
juga grup ini dan ajaklah pelajar-pelajar tuan ke sini
dikemaskinikan agar menepati etika penyelidikan tentang kerahsiaan subjek
bahan disalin dari suatu grup terbuka di Facebook
No comments:
Post a Comment