Saturday, November 12, 2011

"Berdaya" as the head of a compound word <> "Berdaya sebagai kepala kata majmuk

Kini, perkataan "berdaya" boleh dianggap sebagai kepala yang aktif dalam pembinaan perkataan majmuk.  Ia boleh digabungkan dengan penerang lain, yang diwakili oleh "W",  untuk membentuk pelbagai kata majmuk.  Binaan kepala dalam katamajmuk yang mempunyai perkataan "berdaya" diwakili oleh "Y".



Lihat saja contoh-contoh ini yang dipetik daripada carian di Pusat Rujukan Persuratan Melayu menggunakan kata carian "berdaya".
  1. berdaya huni <> livable
  2. berdaya saing <> competitive 
  3. berdaya maju <> viable 
  4. berdaya cipta <> inventing, creative 
  5. berdaya usaha <> enterprising 
  6. berdaya tinggi <> high-powered
  7. berdaya keluaran <> productive
  8. berdaya imaginasi <> imagination
  9. berdaya serap <> absorptive
  10. berdaya darab <> multiplicative
  11. berdaya tambah <> additive
  12. berdaya sambut <> responsive 
  13. berdaya tahan <> resistant
Berikut ialah lapan contoh yang dijana sendiri oleh linguis ini selepas menganalisis  13 contoh yang dikutip dari Pusat Rujukan Persuratan Melayu dan menghasilkan rumus pembentukan katanya sendiri.  Agak-agaknya apakah rumus tersebut?
  1. berdaya tarung <> combative
  2. berdaya ulang <> repetitive
  3. berdaya hancur <> breakable
  4. berdaya makan <> eatable
  5. berdaya gantung <> dependent
  6. berdaya terus <> constant
  7. berdaya jemu  <> tired
  8. berdaya beza <> marked
Perkataan-perkataan  ini mungkin tidak masuk akal, pada hari ini.  Tetapi di masa akan datang, nasib perkataan ini tidak boleh dijangka. Sesuatu yang tidak biasa itu akan menjadi biasa; sesuatu yang pelik itu akan menjadi tidak pelik.  Lagipun, bukankah bahasa itu sentiasa berkembang?

Dan mengapakah paparan ini diwujudkan di blog ini?  Gara-gara tajuk berita semasa di RTM1 petang tadi - "Ke Arah Bandaraya Berdaya Huni".  Mengapa ungkapan "boleh dihuni" tidak digunakan?  Apakah jajaran bahasa Inggeris untuk "berdaya"?



No comments:

Post a Comment