Sunday, November 20, 2011

Contoh Lembaran Kerja dari Pn. Ainon Mohd <> An Example of a Work Sheet from Pn. Ainon Mohd

Gambar di atas menunjukkan contoh lembaran kerja yang digunakan oleh  "Tim kajian hadith psikologi apabila melatih peserta mempelajari teknik-teknik bagaimana Nabi Muhammad mendorong perubahan mind-set dan tingkah laku."  (Ainon Mohd., Facebook, 20 November 2011).

Lembaran kerja ini boleh diubah suai untuk kegunaan lain, khususnya untuk pengajaran dan pembelajaran.

Bahagian bertulis merah dipetik secara langsung daripada http://hadithpsikologi.blogspot.com/2011/11/contoh-lembaran-aktiviti-kursus-hadith.html

Dalam pengajaran hadith cara tradisional, hadith diajarkan menggunakan (a) membaca kitab dan (b) berkuliah.

Kelemahan cara mengajar hadith dengan berkuliah:

1. Berkuliah adalah cara belajar yang pasif dan 'ustaz-centered' di mana ustaz sahaja yang aktif bercakap manakala peserta pasif mendengar.

Mengajar ilmu hadith menggunakan kuliah adalah ibarat orang menuangkan air dari dalam cerek ke dalam gelas kosong. Namun, otak peserta bengkel adalah gelas yang tidak kosong kerana mereka adalah orang dewasa yang mempunyai banyak maklumat dalam memori mereka.

Sepanjang tempoh ustaz berkuliah, peserta kursus tidak berpeluang menggunakan secara aktif kepintaran, pengalaman dan informasi yang ada dalam memori mereka sebagai alat bantu belajar.

Kelebihan cara berkuliah adalah sesiapa sahaja boleh berkuliah, oleh itu banyak ustaz dapat menjalankan kerja-kerja mengajarkan hadith. Kerja ustaz adalah sangat mudah. Hampir tiada persiapan diperlukan bagi menyampaikan kuliah.

Dengan menggunakan teknologi peta informasi (information mapping) peserta belajar secara aktif. Cara ini adalah 'trainee-centred'. Menggunakan IM, proses trainee belajar menjadi mudah.

Kelemahan cara IM ini adalah sebelum data hadith dapat disampaikan dengan cara yang memudahkan trainer belajar, ilmu yang tinggi yang diperlukan bagi memproses data hadith dan me-representasi-kan maklumat ke dalam bentuk peta-peta informasi. Kerja ustaz menjadi susah!

No comments:

Post a Comment